ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) menjangkakan berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijual di bazar Ramadan pada bulan hadapan.
Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, berdasarkan pengalaman lepas, kenaikan harga makanan biasanya akan berlaku apabila tiba musim Ramadan ataupun musim perayaan.
Beliau berkata, pihaknya mengandaikan peningkatan harga berasaskan ayam akan berlaku disebabkan permintaan yang tinggi.
“Tidak dinafikan, harga ayam yang mahal hingga mencecah lebih RM9 hingga RM11 sekilogram menjadi tular dalam kalangan pengguna telah turun kepada sekitar RM8.50 sekilogram.
“Harga ayam turun sedikit selepas kerajaan memberi subsidi kepada penternak ayam namun kita tidak menolak kemungkinan harga akan meningkat disebabkan permintaan tinggi pada bulan Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Tambah Mohamad Yusrizal, beliau mendapati kebanyakan tapak bazar di negeri ini seperti Jitra dan Kota Setar telah penuh berikutan telah disewa peniaga yang ingin berniaga pada bulan Ramadan.
“Jadi, kemungkinan ada peniaga menyewa tapak bazar ini merancang menjual makanan berasaskan ayam seperti ayam percik dan ayam golek. Jadi, permintaan tinggi dan kenaikan harga berlaku,” katanya.
Ketika mengulas mengenai harga makanan lain, Mohamad Yusrizal menyatakan Cake belum dapat menjangkakan kenaikan harga makanan keperluan lain selain makanan berasaskan ayam.
Beliau bagaimanapun menegaskan, jangkaan berkenaan bukanlah untuk mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengguna, sebaliknya berharap pihak berwajib bersedia sekiranya berlaku kenaikan harga ini.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 10 2022
Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) jangka berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijual di bazar Ramadan pada bulan hadapan. -Gambar fail/Bernama
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Warga emas cari lokan disyaki dibaham buaya masih belum ditemui
Pasukan SAR bagi mencari Minu Kin, warga emas yang dipercayai dibaham buaya ketika mencari kolan di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk selepas tiga hari operasi dijalankan.
Harga makanan berasaskan ayam dijangka naik pada Ramadan
Berdasarkan pengalaman lepas, kenaikan harga makanan biasanya akan berlaku apabila tiba musim Ramadan ataupun musim perayaan.