MALAYSIA

Harga minyak Mac: RON95 turun 15 sen, RON97 turun 10 sen

Astro Awani 29/02/2016 | 14:11 MYT
Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun 15 sen dan 10 sen mulai tengah malam ini.- Gambar fail
Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun 15 sen dan 10 sen mulai tengah malam ini.

Jurucakap Persatuan Pengusaha Minyak berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Mac bagi RON95 adalah RM1.60 seliter berbanding RM1.75 sen seliter.

RON97 turun kepada RM1.95 berbanding RM2.05, manakala, harga bagi diesel kekal pada RM1.35.

Pada 1 Februari lalu, harga runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.75 seliter, RON97 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM1.35 seliter).
#diesel #harga minyak #RON95 #RON97