MALAYSIA
Harga minyak naik, ramai kongsi gambar di stesen minyak
Orang ramai berpusu ke stesen minyak sebelum harga baharu berkuatkuasa. Gambar: Twitter/Wan Syamsul Amly
Orang ramai sudah mula berpusu ke stesen minyak sebelum harga baharu berkuatkuasa.
Harga petrol RON95 dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini, menjadikan harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM2.30 manakala diesel, RM2.20.
Ini berikutan pengumuman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.
Oleh kerana perlu menunggu giliran, ramai yang memilih untuk memuat naik gambar mereka di stesen minyak.