Jika pengumuman harga minyak mendapat sambutan baik dalam kalangan rakyat, sentimen itu berbeza bagi pengusaha stesen minyak.
Bagi golongan berkenaan, saban tahun menjadi keperitan buat mereka apabila kos yang ditanggung semakin tinggi sehinggakan ada yang terpaksa gulung tikar.
Bagi Presiden Persatuan Pengusaha Pengusaha Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, beberapa pendekatan perlu diberi perhatian oleh kerajaan dalam menyelamatkan pengusaha minyak di seluruh negara.
"Kos sejak 10 tahun lalu telah naik. Paling tinggi kos kami tanggung adalah apabila kita bayar gaji RM550 sebulan, dan sekarang RM1,100.
"Nombor dua, elektrik kita bayar dulu antara RM3,000 hingga RM4,000, tetapi sekarang RM9,000 hingga RM12,000.
"Nombor tiga, Operating License Fee (Yuran Pengendali Operasi) paling senang macam sewa yang dikenakan oleh syarikat minyak. Ada yang ambil 0.75 sen per liter ada yang ambil setinggi 3 sen atau 4 sen per liter. Jadi apa yang tinggal pada kami?
"Yang terakhir adalah kad kredit. Kami bayar 0.6 hingga 1 peratus kami serap bagi pihak pengguna yang menggunakannya di stesen," ujar beliau.
Jelasnya, kini lebih 70 peratus pelanggan memakai kad kredit sekali gus menelan lebih banyak perbelanjaan mereka berbanding keuntungan.
Lebih malang, ada juga pengusaha yang tidak dapat bertahan lama dalam industri itu sehingga terpaksa gulung tikar.
"Tahun demi tahun, margin kami semakin merosot. Banyak juga rakan-rakan perniagaan terpaksa menanggung beban apabila penjualan minyak mereka merosot dan ada juga terpaksa menggunakan margin kedai.
"Boleh dikatakan keuntungan mereka sama seperti gaji golongan B40 iaitu pendapatan di bawah RM4,000. Kalau 2013, sikit saja. Tetapi pada tahun 2014 sehingga 2017 paling banyak hingga melebihi 70 pengusaha yang gulung tikar. Untuk tahun 2018, kita sedang kira dan menjangkakan lebih ramai yang gulung tikar," jelas beliau.
Cadangan untuk membantu
Justeru, menurut Khairul Annuar, beberapa mekanisme perlu diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi membantu pengusaha stesen minyak.
Antara yang dicadangkan, paras penjualan stok kepada pengusaha stesen setiap kali harga minyak mingguan berubah.
"Dari segi (pelarasan) mingguan itu, kalau kerajaan nak laraskan mekanisme, kita dah bagi pandangan. Kalau teruskan juga, kerajaan boleh bantu dari segi tahap stok yang kami ada di stesen setiap kali harga berubah. Laraslah tempoh minimum dua hari tidak kira naik atau turun. Jadi kita boleh kawal," cadangnya.
Malah Yuran Pengendalian Operasi yang dikenakan oleh pihak syarikat minyak terhadap pengusaha stesen juga perlu dipantau oleh Kerajaan.
Menurutnya, kenaikan harga sewa per liter yang dikenakan juga membebankan pengusaha apabila kos yang ditanggung semakin meningkat.
"Dulu 2008 sewa kita hanya 0.75 sen, kita bayar syarikat minyak 0.3 sen per liter bagi diesel tapi sekarang sekarang dah naik 3 hingga 4 sen per liter. Jadi apa yang kerajaan bagi kepada kami dari segi komisen, kami tak dapat penuh.
"Kalau boleh apa yang kerajaan bagi dekat kita, kita dapat balik. Kalau tidak, kos kita baik rental kita naik margin kita habislah kali ni," keluh beliau.
Pihak ambil kesempatan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga dicadangkan agar memantau perkara itu, kerana dikhuatiri ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ketika kerajaan meningkatkan komisen kepada pengusaha stesen minyak.
Turut dicadangkan, satu jawatankuasa khas bagi memantau sebarang kenaikan mahupun penurunan harga minyak.
"Kita menderita 10 tahun sebab mekanisme yang ada untuk menaikkan komisen. Dalam APM, mekanisme ini mesti melalui Kabinet dan menteri. Tapi sebagai contoh di Afrika Selatan, satu jawatankuasa khas diwujudkan iaitu melibatkan syarikat minyak, kerajaan, pengedar dan pengangkut. Jadi setiap hujung tahun, kita duduk dan melihat semula apa yang perlu ada," ujar beliau.
Justeru kerajaan ujarnya, perlu mengambil serius akan segala cadangan yang diberi oleh pihak persatuan bagi memastikan tiada pengusaha stesen minyak tersepit ketika harga minyak dunia semakin merudum.
Fareez Azman
Fri Jan 04 2019
PDAM gesa Kerajaan bantu selamatkan pengusaha daripada gulung tikar. - Astro AWANI
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Dakwaan subsidi RON95, diesel ditarik dan cukai baharu dilaksana, tidak benar - Fahmi
Dakwaan kononnya kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel pada tahun ini sepertimana yang tular di media sosial adalah tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal hingga 24 Jan
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jan.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Hadkan pembelian diesel subsidi tidak berlaku di seluruh Sabah - Armizan
Permintaan tinggi terutama semasa musim perayaan dan cuti sekolah merupakan antara faktor stesen minyak terbabit terpaksa berbuat demikian.
Bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari - Armizan
Petronas Dagangan Berhad sedang melaksanakan penghantaran bekalan tambahan diesel ke Sarawak dalam tempoh dua hari ini susulan terputusnya bekalan bahan api itu di stesen milik Petronas di negeri ini.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Harga petrol, diesel kekal hingga 13 Dis
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Dis.
Harga petrol, diesel kekal hingga 29 Nov
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh 23 hingga 29 Nov.
Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal hingga 22 Nov
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 Nov hingga 22 Nov ini.