DREBAR
Harga petrol & diesel bulan Disember: RON95 turun 10 sen
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) telah mengumumkan yang harga RON95 akan turun 10 sen bermula 1 Disember 2015 kepada RM1.95 seliter.
Harga bagi petrol RON97, diesel biasa dan diesel Euro 5 pula tidak berubah dan kekal pada RM2.45, RM1.90 dan RM2.00 seliter masing-masing, sepertimana bulan November.
Mengikut laporan yang dipetik Astro Awani, buat pertama kali juga terdapat penjelasan ringkas mengenai pengiraan sistem apungan terkawal yang digunakan untuk menentukan harga bahan-bahan api tersebut.
Mengikut penjelasan yang diberikan, harga ini ditentukan berdasarkan purata harga bagi 10 hari dalam dagangan antarabangsa dan kemudian dicampur dengan nisbah keuntungan tetap untuk loji tapisan serta peruncit.
Kami akan cuba untuk mendapatkan butiran lebih lengkap untuk mengetahui kaedah pengiraan bagi sistem apungan terkawal tersebut.