[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Harga petrol, diesel tidak berubah

Bernama 26/03/2025 | 10:00 MYT
Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.28 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 27 Mac hingga 2 April. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.28 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 27 Mac hingga 2 April.

Ringkasan AI
  • Harga runcit RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.28 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 27 Mac hingga 2 April.
  • Harga diesel di Semenanjung kekal pada RM3.03 seliter, manakala di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
  • Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Semenanjung kekal pada paras RM3.03 seliter diikuti Sabah, Sarawak dan Labuan yang juga kekal RM2.15 seliter.
Menurut kenyataan itu, penetapan harga tersebut berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
MOF memaklumkan kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
#harga minyak #RON95 #RON97 #diesel #petrol