DREBAR

Harga petrol Mac: RON95 turun 15 sen, RON97 turun 10 sen

Astro Publication 29/02/2016 | 14:34 MYT
Mengikut laporan daripada Bernama, harga runcit petrol RON95 dan RON97 bagi bulan Mac masing-masing turun sebanyak 15 sen dan 10 sen sementara harga runcit diesel kekal, berkuat kuasa tengah malam Isnin.
Naib Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM1.60 seliter manakala harga runcit bagi RON97 ialah RM1.95 seliter.
"Harga runcit bagi diesel pula kekal pada nilai RM1.35 seliter."
Harga runcit petrol sepanjang Februari adalah RM1.75 seliter bagi RON95, RM2.05 bagi RON97 manakala diesel dijual dengan harga sama iaitu RM1.35 seliter.
# diesel # RON #harga petrol