Harga Petrol: Rakyat Malaysia lahirkan rasa syukur di laman sosial

Kohilah Sekaran
Mei 1, 2015 02:16 MYT
Harga Petrol: Rakyat Malaysia lahirkan rasa syukur di laman sosial
Pengumuman harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi bulan Mei 2015 yang dikekalkan pada paras semasa telah meredakan tekanan masyarakat Malaysia.
Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) semalam, harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.
Sejak dua hari lepas, banyak khabar angin yang tersebar menerusi laman Facebook dan Twitter berhubungan kenaikan harga minyak petrol.
Bagaimanapun, selepas pengumuman rasmi oleh KPDNKK semalam, ramai pengamal media sosial melahirkan rasa syukur mereka kepada kerajaan.

Harga minyak tidak berubah bagi Mei...ALhamdulilah: KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta di... http://t.co/sFNZ1OwBvx

— Aspirasi (@aspirasiX_01) May 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#info Harga minyak petrol dan diesel bagi bulan Mei kekal. Alhamdulillah, kerajaan Malaysia prihatin.

— johari_jo73 (@johari_jo73) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Harga minyak mentah dunia naik. Harga petrol di Malaysia sepatutnya naik,tapi dikekalkan. Tak kiralah sebab ada PRK or not. Ucaplah syukur.

— totallyMejah(@rhdonna) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terima Kasih Kerajaan Malaysia. Harga runcit Petrol RON95, RON97 dan diesel kekal untuk Mei. #PRKPermatangPauh #PRKRompin #JP14

— zamri abdul ghani (@zamghani) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Petrol price for May 2015 remain unchanged. Politically it is a wise decision. http://t.co/ZGXsnB62pZ

— We Sau Pee (@saupee) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Petrol price remain unchanged. Another blatant lie by opposition ppl proven untrue when they claim 20 sen increase today.

— Tan Keng Liang (@tankengliang) May 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, ada segelintir pengguna berpandangan tindakan ini hanya sementara berikutan dua pilihan raya akan berlangsung minggu depan di Permatang Pauh dan Rompin.

Harga petrol kekal tak berubah. Tak berani penaik sebab ada 2 PRK berlangsung. Semoga Malaysia lebih kerap berlakunya PRK. Amin.

— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) April 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Harga tersebut berkuatkuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei.
#GST #Malaysia #petrol