KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 turun 17 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 30 Mac.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga runcit baharu petrol RON97 turun daripada RM4 seliter kepada RM3.83 seliter.
"Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar telah meningkat melebihi paras harga siling," menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Harga runcit petrol RON97 turun 17 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 30 Mac. - Gambar fail/ETX

Skandal LCS: Mindef tidak utamakan kepentingan, pandangan TLDM - JKSTUPKK
Mindef didapati lebih cenderung dengan saranan daripada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

ATM tahan 12 PATI di sempadan Malaysia-Thailand
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan di sempadan negara Malaysia-Thailand, pada Rabu.

Skandal LCS: Kerajaan wajar pertimbang teruskan kontrak BNS dengan bersyarat - JKSTUPKK
JKSTUPKK mengesyorkan agar kerajaan wajar mempertimbang untuk meneruskan kontrak BNS untuk membekal LCS dengan bersyarat.
![AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983081/thumbnails/21298420541660741732160_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri; 1. Perkembangan terbaharu Skandal LCS dedah arahan Zahid 2. Jawatankuasa dapati tadbir urus Kementerian Pertahanan lemah 3. Hishamuddin sedia didakwa jika terbabit skandal LCS

GiatMara dapat permintaan tinggi terutama daripada lepasan SPM
GiatMara menerima permohonan daripada 7,877 orang terutama dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus bagi kemasukan Julai lepas.

Skandal LCS: Tiada dana tambahan untuk kapal pertama - Hishammuddin
Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual.

Taylor's University labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor's University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi.

Skandal LCS: Pemadaman fakta tidak jejas keseluruhan laporan JKSTUPKK - PAC
Wong Kah Woh memaklumkan ia sejajar keputusan Kabinet pada 10 Ogos lepas yang mengarahkan JPM menyahklasifikasikan laporan berkenaan.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

Harga RON97 turun 5 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit bagi petrol RON97 turun lima sen seliter daripada RM4.40 kepada RM4.35 seliter manakala harga petrol RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 18 Ogos hingga 24 Ogos.

Petrol RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen kepada RM4.40 seliter daripada RM4.50 sementara RON95 dan diesel kekal tidak berubah bermula esok sehingga 17 Ogos ini.

Harga runcit petrol RON97 turun lagi 10 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.65 kepada RM4.55 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 28 Julai (esok) hingga 3 Ogos 2022.

Harga runcit RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen daripada RM4.75 kepada RM4.65 seliter, mulai tengah malam ini, bagi tempoh 21 Julai (esok) sehingga 27 Julai 2022.

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 6 Julai, 2022.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.31, RON95 dan diesel kekal
Harga RON97 naik sebanyak 37 sen seliter iaitu daripada RM3.94 kepada RM4.31 seliter; harga RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan harga runcit diesel kekal pada RM2.15 seliter.

Harga petrol RON97 turun 17 sen, RON95 dan diesel kekal - MOF
Harga runcit petrol RON97 turun 17 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 30 Mac.

Harga RON97 naik 30 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 30 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 10 hingga 16 Mac ini.

Harga RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter manakala harga bagi RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 24 Feb hingga 2 Mac ini.