MALAYSIA
Harga RON95 kekal, RON97 dan diesel naik tujuh sen seliter
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 naik tujuh sen kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai 2025. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 meningkat kepada tujuh sen seliter, daripada RM3.14 seliter kepada RM3.21 bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai.
Ringkasan AI
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter manakala di Semenanjung Malaysia naik sebanyak tujuh sen seliter daripada RM2.81 seliter kepada RM2.88 seliter bagi tempoh sama.
"Seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.21 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.88 seliter.
"Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter," menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan penetapan harga itu adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kenyataan itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 naik tujuh sen kepada RM3.21 seliter bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai 2025.
- Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik tujuh sen kepada RM2.88 seliter, masih di bawah harga apungan RM3.35 seliter pada 10 Jun.
- Penetapan harga berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM), dan kerajaan akan terus memantau pasaran minyak global bagi memastikan kestabilan harga dan kebajikan rakyat.