Harga RON95, RON97 kekal, diesel turun dua sen

Isabelle Leong
Januari 29, 2021 09:00 MYT
Harga minyak baharu ini berkuat kuasa 30 Januari bagi tempoh seminggu iaitu sehingga 5 Februari depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada RM1.90 seliter dan RM2.20 seliter masing-masing.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit diesel yang sebelum ini RM2.09 seliter pula diturunkan sebanyak dua sen kepada RM2.07 seliter.
Harga minyak baharu ini berkuat kuasa 30 Januari bagi tempoh seminggu iaitu sehingga 5 Februari depan.
Kementerian tersebut berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian itu lagi.
#RON95 #RON97 #diesel #harga minyak #Kementerian Kewangan