MALAYSIA

Harga RON95, RON97 naik 4 sen, diesel naik 6 sen, mulai tengah malam ini

Astro Awani 02/08/2017 | 10:15 MYT
Harga runcit bahan api petrol dan diesel minggu ini mencatatkan kenaikan bermula tengah malam ini.
Harga runcit produk petroleum bagi minggu ini mencatatkan kenaikan berkuatkuasa tengah malam ini.

Harga petrol RON 97 naik 4 sen kepada RM2.32 seliter, RON 95 naik 4 sen kepada RM2.07 seliter, manakala diesel pula naik 6 sen kepada RM2.05.

Harga baharu ini digunapakai sepanjang 3 hingga 9 Ogos.

Pengumuman tersebut dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman Facebook rasminya petang ini.


#diesel #petrol #RON95 #RON97