[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Harga RON97, diesel di Semenanjung turun lima sen

Bernama 09/04/2025 | 09:21 MYT
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen bagi tempoh 10 hingga 16 April. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.28 seliter dan RM2.98 seliter bagi tempoh 10 hingga 16 April ini.

Ringkasan AI
  • Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen bagi tempoh 10 hingga 16 April.
  • Harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan kekal RM2.15 seliter.
  • Kerajaan memantau perkembangan pasaran minyak dan menyelaras harga runcit untuk menyokong kestabilan harga dan kesejahteraan rakyat.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.
MOF menjelaskan penetapan kadar itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
"Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.
Menurut MOF, kerajaan juga akan memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
#diesel #harga minyak #RON97 #RON95