awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON97 naik 11 sen, RON95 dan diesel kekal

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
15/06/2022
09:16 MYT
Harga RON97 naik 11 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga RON97 meningkat sebanyak 11 sen kepada harga RM4.83 seliter bermula dari tempoh 16 Jun sehingga 22 Jun 2022, manakala harga RON95 dan diesel masih kekal. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 11 sen seliter dari harga asal RM4.72 kepada RM4.83 seliter bermula dari tempoh 16 Jun sehingga 22 Jun 2022.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan pada Rabu, penetapan harga runcit baharu bagi produk petroleum itu dilaksana berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
"Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dari semasa ke semasa serta mengambil langkah bersesuaian bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Topic Berkaitan
#harga minyak
#RON97
#RON95
#diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan