[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Harga RON97, RON95, diesel kekal bagi tempoh 12 hingga 18 Jun

Bernama 11/06/2025 | 09:26 MYT
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.07 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Jun ini. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.07 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung pula kekal pada paras RM2.74 seliter, begitu juga bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan yang kekal pada paras RM2.15 seliter untuk tempoh sama.

"Penetapan harga runcit produk petroleum ini dibuat secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik, dengan mengambil kira trend semasa pasaran minyak mentah dunia.

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

#harga runcit petrol #harga minyak #kekal #diesel #RON95