awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga rumah akan turun?

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/10/2018
07:40 MYT
Harga rumah akan turun?
Menurut Guan Eng pengurangan kadar itu tidak melibatkan projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah kerana berada dalam kategori harga rumah terkawal. - Foto fail/BERNAMA

Harga rumah di negara ini disasar turun antara lima ke 10 peratus berikutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada sektor pembinaan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah menyatakan kesediaan menurunkan harga rumah susulan keputusan kerajaan itu. Bagaimanapun, pengurangan kadar itu tidak melibatkan projek perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah kerana berada dalam kategori harga rumah terkawal. “Kalau harga rumah terkawal, itu agak sukar. Yang kita sebutkan adalah yang bukan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah. “Ia juga adalah untuk rumah baru dilancarkan, untuk yang sedia ada, kena tunggu hari Jumaat (pembentangan Belanjawan 2019),” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini. Beliau pada masa sama menegaskan kerajaan akan mengenakan SST kepada pemaju yang tidak menurunkan harga meskipun mendapat pengecualian cukai berkenaan. “Sekiranya tiada penurunan untuk harga rumah yang belum dibina, yang belum dikenakan SST, kita mungkin akan kenakan balik. “Untuk rumah yang telah dibina, itu lain kira. Ini untuk rumah baru yang kita tak kenakan SST, kita nak lihat ada penurunan harga. Kalau tak, kita kenakan balik SST enam peratus,” ujarnya.

Topic Berkaitan
#cukai
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan
#Lim Guan Eng
#Malaysia
#Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia
#REHDA
#rumah
#SST
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan