KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 3 sen seliter iaitu daripada RM3.00 kepada RM3.03 seliter.
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga tersebut adalah bagi tempoh 6-12 Januari, 2022.
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,
harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan," memetik kenyataan itu, pada Rabu.
Kerajaan pada masa sama akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Astro Awani
Wed Jan 05 2022

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga tersebut adalah bagi tempoh 6 hingga 12 Januari. - fotoBERNAMA

WHA | Malaysia sebagai Naib Presiden Perhimpunan
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

10 Berita Pilihan - (22 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Australia Memilih | Bekas koperal polis dari Johor menang di Tangney
Berasal dari Johor, bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Sam Lim menang di kerusi Parlimen Tangney, di Perth, Australia dalam pilihan raya pada Sabtu. Kemenangan mengejut itu menyaksikan calon Parti Buruh itu berjaya mengatasi Ben Morton, calon Parti Liberal dan sahabat rapat kepada bekas Perdana Menteri Scott Morrison.

Menuju Fasa Endemik | Yayasan AIDS Malaysia komited tingkat usaha perangi HIV
Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.

Pembelian Aset | Tiada tempat untuk rasuah, ketirisan, pembaziran
Kementerian Pertahanan memberikan sepenuhnya kuasa kepada pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menentukan hal-hal berkaitan pembelian aset baharu mereka pada masa depan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan, pembaziran atau aktiviti rasuah dalam membekalkan sumber kewangan kepada ketiga-tiga agensi berkenaan.

Mikromobiliti | Garis panduan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan
Garis panduan berhubung penggunaan kenderaan mikromobiliti akan diumumkan tidak lama lagi. Demikian jelas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung isu penggunaan kenderaan itu yang sering diperdebatkan pelbagai pihak.

Pemilihan PKR Sabah, Sarawak, Perak berlangsung lancar, terkawal
Pemilihan PKR 2022 peringkat negeri secara fizikal di Sabah, Sarawak dan Perak berakhir hari ini, dengan keseluruhannya berlangsung dalam keadaan terkawal.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Mei 2022.

Malaysia ambil tempat sebagai Naib Presiden WHA
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

Krisis Palestin | Bukan hanya isu agama, tetapi isu kemanusiaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, sudah bertahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak untuk duduk di tanah air sendiri dan usaha membebaskan mereka perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Harga runcit petrol RON97 RM4.33, naik 2 sen
Harga runcit petrol RON97 naik 2 sen seliter iaitu daripada RM4.31 kepada RM4.33 seliter, mulai Mei 19-25.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.31, RON95 dan diesel kekal
Harga RON97 naik sebanyak 37 sen seliter iaitu daripada RM3.94 kepada RM4.31 seliter; harga RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan harga runcit diesel kekal pada RM2.15 seliter.

Pengguna jalan raya pulang ke ibu kota 'berang', petrol habis di stesen minyak
Penggunaan petrol tinggi yang melebihi jangkaan susulan peningkatan jumlah kenderaan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Harga runcit RON97, RON95, diesel kekal
Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 11 Mei.

Harga runcit RON97 naik kepada RM3.94 seliter, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 13 sen seliter kepada RM3.94 seliter bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 4 Mei.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 27 April.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.81 dan RM2.05 seliter, manakala diesel ditetapkan RM2.15 seliter.

RON97 turun 10 sen seliter, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter daripada RM3.91 kepada RM3.81 bagi tempoh seminggu, bermula esok hingga 13 April.

RON97 naik lapan sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik lapan sen seliter daripada RM3.83 kepada RM3.91 bagi tempoh seminggu, bermula esok hingga 6 April.

Harga petrol RON97 turun 17 sen, RON95 dan diesel kekal - MOF
Harga runcit petrol RON97 turun 17 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh seminggu bermula esok hingga 30 Mac.