MELAKA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka mengesahkan berlaku kenaikan harga sayur antara 10 hingga 20 peratus di negeri itu ekoran hujan selain permintaan tinggi terutama menjelang musim perayaan.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata bagaimanapun peratus kenaikan harga sayur-sayuran berkenaan berbeza mengikut kawasan dan rata-rata pemeriksaan dijalankan mendapati harga di Jasin lebih murah berbanding Melaka Tengah dan Alor Gajah.
Beliau berkata antara sayur yang meningkat harga ialah timun, sawi, tomato dan kubis dengan 80 peratus bekalan di negeri itu diperoleh daripada pembekal atau pengusaha tanaman dari luar seperti Cameron Highlands, Pahang.
"Berdasarkan pemeriksaan berkala oleh anggota penguat kuasa KPDN, memang berlaku kenaikan harga sayur-sayuran di kebanyakan pasar atau premis jualan namun tidak ketara dan situasi ini berlaku setiap tahun susulan musim hujan.
"Bagaimanapun KPDN sedang memantau pergerakan kenaikan harga berkenaan dan pemeriksaan turut melibatkan rangkaian pemborong untuk mengesan di peringkat mana kenaikan berlaku," katanya kepada pemberita selepas Sesi Pengenalan Program Menu Rahmah di sini hari ini.
Beliau berkata selain pemeriksaan di premis jualan, KPDN Melaka juga akan melakukan tinjauan serta pertemuan dengan pengusaha tanaman di Cameron Highlands bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung situasi tersebut dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan lain, Norena berkata setakat ini kira-kira 25 peniaga makanan di Melaka bersetuju untuk menyertai Program Menu Rahmah termasuk Restoran Asam Pedas Selera Kampung di Plaza Mahkota di Banda Hilir di sini.
Beliau berkata KPDN Melaka sedang melaksanakan sesi penerangan berkaitan Menu Rahmah kepada pengusaha dan peniaga makanan di negeri itu termasuk empat persatuan iaitu Persatuan Peniaga Muslim Malaysia dan Persatuan Tomyam Malaysia agar mereka mendapat maklumat mengenai pelaksanaan tersebut.
"Kebanyakan peniaga masih kurang jelas tentang Menu Rahmah terutama membabitkan aspek pelaksanaan dan jenis menunya. Mereka ingat menu berkenaan perlu ditawarkan kepada pelanggan setiap hari pada waktu tengah hari dan malam tetapi mereka boleh pilih satu daripadanya.
"Sebaliknya Menu Rahmah bergantung kepada kemampuan peniaga sendiri dan seperti Restoran Asam Pedas Selera Kampung, mereka menawarkan menu berkenaan setiap Isnin dan Khamis sahaja," katanya.
Menurut Norena KPDN tidak meletakkan sebarang sasaran jumlah peniaga menyertai program tersebut sebaliknya berharap setiap kawasan mempunyai satu peniaga yang menawarkan inisiatif itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023
Antara sayur yang meningkat harga ialah timun, sawi, tomato dan kubis dengan 80 peratus bekalan di negeri itu diperoleh daripada pembekal atau pengusaha tanaman dari luar seperti Cameron Highlands. - Gambar hiasan
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.