[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Harga telur naik: Pengarah KPDNHEP Melaka diharap lebih sensitif, bijak usul solusi

Astro Awani 02/07/2022 | 09:36 MYT
Tinjauan Astro AWANI di laman sosial mendapati segelintir pengguna media sosial bukan sahaja mempersoalkan saranan yang diberikan. - Gambar hiasan
KENAIKAN harga barangan sejak kebelakangan ini terutamanya melibatkan ayam, telur, minyak masak serta barangan basah mengundang keresahan dalam kalangan pengguna.
Bagaimanapun, peningkatan harga barangan yan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk kesan di peringkat global seperti kekangan rantaian bekalan dan peperangan di Rusia-Ukraine, mengakibatkan Malaysia juga terpaksa berdepan dengan tempias tersebut.
Tetapi, kerajaan memberi jaminan tidak akan berpeluk tubuh dalam mengatasi bebaban kos sara hidup - apabila menyaksikan pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) menangani kenaikan kos.
Di sebalik kesukaran yang dihadapi oleh rakyat - yang masih bergelut dengan untuk membina hidup baharu ketika era peralihan ke endemik, kenyataan yang 'tidak relevan' meskipun bersifat seloroh mungkin boleh mencetuskan kemarahan dalam kalangan warganet.
Ini dapat dilihat menerusi kenyataan terbaharu yang tular di laman sosial mendakwa Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar menyarankan orang ramai mengurangkan pengambilan telur berikutan kenaikan harga makanan berkenaan.
"Kita sebagai pengguna kalau dah tau kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur. Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah," memetik kenyataan Norena dalam rakaman tersebut.
Susulan kenyataan itu yang dianggap 'kurang peka' dengan situasi semasa, pelbagai sindirin dan tohmahan dilemparkan oleh warganet kepada Norena dan pihak kerajaan.
Tinjauan Astro AWANI di laman sosial mendapati segelintir pengguna media sosial bukan sahaja mempersoalkan saranan yang diberikan, malah menasihati agar Norena dan pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan solusi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Insiden 'tersasul' mengeluarkan kenyataan sebegini bukan pertama kali berlaku ketika mana kenaikan harga barangan menghimpit kehidupan rakyat.
Bak kata pepatah,'terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya'.
Beringatlah, insiden ini sepatutnya menjadi teladan untuk pihak berkaitan dalam mengeluarkan sebarang pandangan - sama ada apa yang dikatakan itu berunsur jenaka atau pilihan kepada rakyat.
#Kurang makan telur #Harga ayam mahal #harga telur mahal #KPDNHEP Melaka telur