awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga tiket lawat panda tidak lebih RM20

Bernama
Bernama
23/05/2014
07:34 MYT
Harga tiket lawat panda tidak lebih RM20
Kerajaan China meminjamkan pasangan panda itu kepada Malaysia selama 10 tahun - Gambar Fail
Harga tiket untuk melawat pasangan panda mungkin tidak lebih daripada RM20 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel.
Palanivel berkata Zoo Negara belum memutuskan harga sebenar tiket itu apabila orang ramai berpeluang melihat Panda jantan Fu Wa dan Panda betina Feng Yi bulan depan.
Kerajaan China meminjamkan pasangan panda itu kepada Malaysia selama 10 tahun dan haiwan tersebut selamat tiba di Kompleks MASKargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, pada Rabu.
Fu Wa dengar arahan, Feng Yi lebih suka relaks
Panda jadi bahan parodi di media sosial
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Herba Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini, Palanivel berkata industri herba tempatan mampu menjana pulangan lumayan berdasarkan permintaan terhadap produk herba meningkat kepada US$93.15 bilion pada tahun 2015.
Pameran itu bertujuan menggalakkan kerjasama penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan dalam kalangan usahawan, pengeluar produk dan penyelidik herba tempatan selain memperkasakan keyakinan orang ramai terhadap potensi dan khasiat herba sebagai rawatan alternatif.
Lebih 40 usahawan industri herba tempatan menyertai pameran berkenaan yang diadakan bermula hari ini sehingga Ahad.
Topic Berkaitan
#Feng Yi
#Fu Wa
#Palanivel
#Panda
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan