Kebanyakan rakyat Malaysia merasakan bahawa harga tiket sebanyak RM30 yang dikenakan kepada pengunjung Zoo Negara adalah agak mahal.
Tinjauan pandangan dan undian yang dilakukan oleh laman sesawang Astroawani.com mendapati 73.97 peratus orang tidak bersetuju untuk membelanjakan sebanyak RM30 untuk berkunjung ke Zoo Negara kerana merasakannya tidak berbaloi.
Daripada jumlah tersebut, 18.56 peratus pula bersetuju dengan jumlah RM30 yang dikenakan kepada pengunjung itu manakala 7.46 peratus pula, hanya bersetuju untuk membelanjakan jumlah tersebut seandainya Zoo Negara mempunyai tarikan binatang seperti panda.
Menerusi laman Facebook Astro AWANI pula, ada yang mencadangkan bahawa harga tiket sepatutnya mengikut hari atau kadar kemasukan pengunjung seperti yang dicadangkan oleh Mansor Ibrahim.
“Harga patut mengikut permintaan, murah hari biasa dan mahal hujung minggu dan cuti awam, cuti sekolah, beri 20 peratus diskaun bagi yang datang balik dalam tiga bulan dengan membawa tiket lama. Kurangkan harga 30 peratus bagi yang membeli lebih dari 10 tiket atau kumpulan melalui bas pelancung. Warga emas, OKU 50 peratus diskaun”.
Selain itu, Muhammad Hazeeq pula merasakan harga tiket sebanyak RM30 itu adalah mahal dan membantutkan rancangan keluarga untuk beriadah bersama.
“Zoo tempat yang bagus untuk beriadah bersama keluarga....tapi caj yang mahal mungkin membantutkan rancangan keluarga tatkala harga barangan semakin naik”.
Rosmizan Roselin pula membidas amalan rakyat Malaysia yang terlalu kedekut untuk mengeluarkan duit seperti membuat sumbangan kepada zoo namun masih lagi mahu meminta diberi pengurangan dari segi harga tiket itu.
“Kalau nak murah bagi la sumbangan. Bukan senang nak murah nak jaga haiwan2 tu semua. Cakap memang senang tetapi berapa banyak syarikat korporat yang menaja haiwan-haiwan itu. Nak harapkan Zoo Negara memang tidak mampu. Sedih tengok orang Malaysia semakin kedekut hendak keluar duit tapi tak malu dan tidak segan silu nak minta duit dari orang lain. Takut nanti dari ada sedikit terus tidak ada langsung. Bersyukurlah dan banyakanlah memberi dari meminta-minta. Mudah-mudahan rezeki lebih murah. Kata what u give u get back, karma lah tetapi yang ini kedekut pulak.”
Selain itu, pengguna Twitter pula ada yang bersetuju dengan harga RM30 itu sebagai harga tiket masuk namun dengan syarat, pengurusan Zoo Negara perlu berusaha meningkatkan kemudahan zoo itu supaya bertambah baik.
Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya juga pernah 'tweet' mengenai harga tiket Zoo Negara yang dianggap mahal pada 13 Oktober lalu.
Aizat Sharif
Tue Jan 28 2014
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Koleksi mata wang bijih timah kurun ke-14 di Ipoh World
Mata wang haiwan yang dikumpul sejak tahun 2005 itu terdiri daripada pelbagai bentuk.
Suami isteri bela 159 kucing dalam pangsapuri dihukum penjara
Pasangan itu didapati bersalah atas kesalahan pengabaian keadaan kesihatan haiwan berkenaan.
Cuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba
CUACA PANAS: HAIWAN JUGA BERISIKO KENA STROK HABA
Hotel kucing jadi rebutan menjelang cuti Aidilfitri
Ada yang membuka tempahan lebih awal dan penuh sebelum Ramadan lagi.
Gangguan emosi punca si pelaku zalim
Tambah Zhooriyati, emosi negatif yang terpendam merupakan pembunuh senyap dalam hidup seseorang.
Gangguan 'agenesis'... Kali pertama kucing tanpa jantina ditemui!
Keadaan yang dialami kucing bernama Hope itu disebut agenesis, iaitu kegagalan organ untuk berkembang.
China berjaya hasilkan serigala artik klon pertama di dunia
Kelahiran serigala artik liar yang diklon itu merupakan satu peristiwa penting bagi penerapan teknologi pengklonan.
Status vaksin PPVN pada peringkat praklinikal terhadap haiwan - Dr Adham
Status vaksin yang dibangunkan dalam Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) kini berada pada peringkat ujian praklinikal terhadap haiwan.
10% wilayah Corrientes musnah dalam kebakaran hutan
Gabenor Corrientes, Gustavo Valdes, mengisytiharkan wilayah itu sebagai "zon bencana alam sekitar".
Kasih sayang tanpa sempadan, Norashikin selamatkan ratusan haiwan terbiar
Usaha yang dilakukan secara aktif sejak 2014 sedikit sebanyak mengikut jejak langkah ayahnya.