KUALA LUMPUR: Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, Universiti lslam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan sambutan Hari ASEAN ke-56, pada Selasa.

Bertemakan 'Promoting Regional Sustainable Growth', sambutan Hari ASEAN akan diadakan di Pusat Kebudayaan UIAM di Gombak, Selangor.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, tema sambutan menggariskan kepentingan usaha-usaha bersama ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) untuk kepentingan semua.

"Ini terutamanya apabila dunia sedang berhadapan dengan geo-politik dan ekonomi global yang tidak menentu yang memberi kesan kepada kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat.

"Sambutan Hari ASEAN memberi peluang kepada UIAM untuk mempamerkan usaha Sejahtera Centre dalam menginsankan pendidikan melalui SDGs," katanya, pada Selasa.


Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, terdapat juga pameran yang melibatkan syarikat-syarikat tempatan dan pertubuhan-pertubuhan penyelesaian-penyelesaiani inovatif bukan kerajaan (NGOs) yang akan mereka dalam agenda kelestarian menyokong pembangunan sosial, alam sekitar dan ekonomi.

Katanya lagi, kerjasama itu akan dapat membantu mengetengahkan usaha-usaha pelbagai sektor di Malaysia mempromosi kemampanan dan kelestarian ke arah menyumbang kepada strategi pembangunan Malaysia dalam melaksanakan SDGs.

"Di peringkat nasional, usaha-usaha tersebut adalah lanjutan daripada usaha-usaha bersama ASEAN untuk mempromosi penglibatan komunal dalam memajukan pembangunan ekonomi mampan dan inklusif di rantau ini, selaras dengan tema Pengerusi ASEAN 2023 "ASEAN Matters:Epicentrum of Growth"

"Sambutan Hari ASEAN akan melibatkan penyertaan wakil-wakil dari Perwakilan Diplomatik Negara-negara Anggota ASEAN dan Rakan-rakan Luar ASEAN Organisasi Antarabangsa, Kementerian-kementerian dan Agensi-agensi, sektor swasta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), para pelajar dan media di Malaysia," jelasnya.