Cuti sekolah lazimnya menjadi masa terbaik bagi pasangan bercinta untuk melangsungkan majlis perkahwinan.

Keadaan itu mendorong mereka yang membuat perniagaan persiapan perkahwinan termasuk butik pengantin menjadi rebutan.

Wartawan Wan Syamsul Amly cuba mengorek situasi perniagaan butik pengantin di Lahad Datu yang ketika ini masih dalam keadaan tegang kerana isu pencerobohan hampir sebulan lalu.

Hari bahagia yang patutnya disambut minggu ini terpaksa ditangguh kerana tahap keselamatan di Felda Sahabat yang masih belum tentu keadaannya.

Selain itu kalangan bakal pengantin turut risau jika tiada tetamu gara-gara takut krisis pencerobohan di Felda Sahabat.

Demi kemeriahan majlis dan hasil perbincangan dengan keluarga keputusan menangguhkan majlis dilihat keputusan terbaik.

Dalam pada itu pengusaha dan pemilik butik perkahwinan Farha Andaman, Wasaida Jusri berkata, perniagaannya merosot selepas isu ini terjadi.

Dia berharap isu ini segera selesai sekali gus dapat meneruskan perniagaan seperti biasa.