KUALA LUMPUR: Tarikh 3 Dis yang diisytiharkan sebagai Hari Batik Malaysia dikekalkan dalam usaha memperkasa industri batik tempatan dan menyemarakkan pemakaian batik Malaysia.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata pemilihan tarikh itu bukanlah untuk menyaingi sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia malah ada dalam kalangan pengusaha batik juga terdiri daripada OKU, sekali gus membantu pengusaha batik OKU memperkasakan perniagaan mereka.
"Sambutan ini boleh saling melengkapi selaras dengan visi batik Malaysia untuk semua tanpa mengira tahap keupayaan, sesuai dengan kepelbagaian masyarakat majmuk keluarga Malaysia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Dewan Negara di sini hari ini.
Beliau berkata pemilihan tarikh berkenaan dibuat atas penghargaan sumbangan dan sokongan ditonjolkan oleh Allahyarhamah Tun Endon Mahmood iaitu isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi terhadap industri batik.
"Pada 3 Dis (2003), Tun Endon Mahmood telah memulakan sebuah gerakan 'Malaysia Batik: Crafted For The World' yang menjadi pemangkin kepada batik tempatan dibawa ke arena antarabangsa. Beliau juga dipilih sebagai Tokoh Jarum Berlian Malaysia pada 2004 kerana kesungguhan dan daya usaha beliau memartabatkan seni warisan negara," katanya.
Sebelum ini, Senator Datuk Ras Adiba Radzi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan untuk menukar tarikh Hari Batik Malaysia yang ditetapkan pada 3 Dis setiap tahun kepada tarikh lain berikutan Hari OKU Sedunia turut disambut pada tarikh sama.
Sementara itu, Nancy berkata Garis Panduan Pengelasan Premis Penginapan Pelancong Kategori Hotel Bandar, Resort, Tanah Tinggi, Butik dan Inovatif yang diguna pakai telah mewajibkan pihak hotel menyediakan satu bilik dan tandas awam di kawasan umum untuk golongan OKU.
Berikutan itu, beliau berkata mana-mana hotel yang gagal menyediakan kemudahan berkenaan tanpa pengecualian daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan tidak layak diberikan penggredan oleh MOTAC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021

Nancy berkata pemilihan tarikh itu bukanlah untuk menyaingi sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia. - Gambar hiasan

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

COVID-19 Shanghai | Selepas 6 minggu, penduduk dibenar keluar rumah
Kebanyakan penduduk di bandar Shanghai mula menikmati kelonggaran untuk keluar dari kediaman masing-masing ketika hab kewangan China itu melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Satu rakaman video dikongsikan media tempatan menunjukkan, salah sebuah kejiranan mula memperlihatkan orang ramai berjalan di sekitar kawasan kediaman selepas lebih enam minggu menjalani perintah berkurung.

Bantuan RM200 kepada pesawah untuk enam bulan sementara tunggu hasil tuaian - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi bantuan bulanan RM200 untuk enam bulan kepada pesawah sementara menunggu hasil tuaian.

Kerjasama | PKNS-UiTM meterai MoU pelihara SACF
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memelihara 85.3 ekar Hutan Komuniti Shah Alam (SACF). Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata Hutan Komuniti PKNS yang terletak di Bandar Sierra Alam itu akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Denggi | Pelepasan nyamuk Wolbachia kurangkan 40% kes
Pelepasan lebih tiga juta biji telur nyamuk Aedes Wolbachia mampu mengurangkan 40 peratus kes demam denggi di bandar raya Johor. Pelepasan telur itu dibuat secara 14 peringkat yang mengambil masa dua tahun 20 minggu.

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, 'memaksa' guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

Hari Batik kekal pada 3 Disember - Nancy
Tarikh 3 Dis yang diisytiharkan sebagai Hari Batik Malaysia dikekalkan dalam usaha memperkasa industri batik tempatan dan menyemarakkan pemakaian batik Malaysia.

Ras Adiba mohon kerajaan tukar tarikh Hari Batik Malaysia kepada tarikh lain
Beliau meluahkan rasa kecewa komuniti OKU dan meminta agar kerajaan memberi perhatian serta mengambil kira Hari OKU Sedunia.

Hargai batik, kedutaan Rusia di Malaysia anjur kelas batik
Menyedari batik begitu dekat dengan hati warga Malaysia, pihak Kedutaan Persekutuan Rusia di Malaysia menganjurkan Kelas Batik selama sehari sempena samburan Hari Batik Malaysia semalam.

Hari Batik Malaysia meriah di Astro AWANI
Penyampai yang tampil di kaca televisyen sepanjang hari ini juga segak dan menawan dalam gaya batik pilihan masing-masing.

Hari Batik Malaysia: Kakitangan Kedutaan AS turut berbangga memakai batik
Sambutan Hari Batik Malaysia turut kelihatan meriah di Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara.

3 Disember diisytihar Hari Batik Malaysia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan tarikh 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini.