Hari Batik Malaysia: Kakitangan Kedutaan AS turut berbangga memakai batik

Hilmi Malik
Disember 3, 2021 09:16 MYT
Mewakili pihak kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, selamat menyambut Hari Batik Malaysia!
KUALA LUMPUR : Sambutan Hari Batik Malaysia kelihatan meriah di Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara apabila sebahagian besar kakitangan kedutaan mengenakan pakaian tradisional itu pada Jumaat.
Menerusi hantaran di platform laman sosial kedutaan itu, malah sambutan Hari Batik Malaysia itu turut dipromosikan pihak berkenaan.
“Mewakili pihak kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, selamat menyambut Hari Batik Malaysia.
“Kami berbangga untuk mengenakan pemakaian batik kami hari ini.
“Jika anda turut memakai batik pada hari ini maka kongsikan gambar di ruangan komen,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengisytiharkan tarikh 3 Disember sebagai sambutan Hari Batik Malaysia yang bermula tahun ini.
Pengumuman itu juga dikatakan sebagai usaha kerajaan untuk menggalakkan pemakaian batik Malaysia.
Langkah itu juga selaras dengan konsep kerajaan yang memperkenalkan tema Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.
#hari batik malaysia #ismail sabri yaakob #Perdana Menteri #Kedutaan Amerika Syarikat