awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Belia 2016 bakal cipta kelainan - Khairy

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
26/04/2016
10:45 MYT
Hari Belia 2016 bakal cipta kelainan - Khairy
KHAIRY:Pemilihan lokasi di universiti awam itu dibuat bagi merapatkan hubungan dan kerjasama erat antara persatuan belia dan mahasiswa. - Gambar fail
Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Hari Belia Negara 2016 bakal mencipta kelainan apabila bukan lagi diadakan di Putrajaya, sebaliknya menjadikan kampus universiti tempatan sebagai lokasi penganjuran.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, acara kemuncak akan diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 15 Mei depan dengan penyertaan persatuan belia dan mahasiswa.
"UPM akan menjadi tuan rumah kepada acara kemuncak Hari Belia pada 15 Mei ini. Pada bulan Julai di Taylor's University, bulan Ogos Universiti Multimedia, Melaka, September Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu dan akhirnya di Universiti Utara Malaysia Sintok," katanya dalam sidang media selepas majlis Pra-Pelancaran Hari Belia Negara 2016 di Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, pemilihan lokasi di universiti awam itu dibuat bagi merapatkan hubungan dan kerjasama erat antara persatuan belia dan mahasiswa.
"Ini adalah program berterusan daripada Jelajah Rakan Muda yang mana konsep sambutan Hari Belia itu akan kita bawa ke peringkat universiti sebab tahun ini kita mahu mengeratkan lagi hubungan persatuan belia dan mahasiswa," katanya.
Ia juga katanya, selaras dengan sasaran meningkatkan penglibatan mahasiswa dengan aktiviti persatuan belia dan bersedia mengambil tampuk kepimpinan kalangan belia pimpinan mahasiswa sedia ada.
Selain itu, 140 program akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu bermula 19 hingga 14 Mei sebelum acara sambutan berkenaan.
Program berkenaan katanya akan berlangsung di peringkat negeri melibatkan 130 program oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, enam program oleh Majlis Belia Malaysia dan empat program oleh agensi Kementerian Belia dan Sukan.
Program berkenaan termasuk Jelajah Kampus, "Showcase of Talent" Mahasiswa, Warna-Warni Belia, Konvensyen Belia Negara 2016, dan Anugerah Perdana Belia Negara.
Bagaimanapun katanya, lokasi sambutan Hari Belia pada tahun depan mungkin akan kembali ke Putrajaya dengan pengisian program yang lebih meluas.
Belia mengakui sambutan di universiti tempatan adalah lebih menjimatkan kos berbanding di Putrajaya.
"Ya, sudah tentu.. apabila kita buat di Putrajaya tentunya kosnya sangat tinggi. Dengan adanya pendekatan startegi lautan biru dengan universiti ini, ia akan menjimatkan kos perbelanjaan, tetapi kita masih ada pesertanya terutama mahasiswa," kata Khairy lagi.
Topic Berkaitan
#Hari Belia 2016
#Khairy Jamaluddin
#Universiti Putra Malaysia
#Universiti Sultan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan