awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Belia: Kerajaan tubuh Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
15/05/2021
02:33 MYT
Hari Belia: Kerajaan tubuh Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri
MUHYIDDIN: Ini adalah insiatif yang baik supaya generasi belia di peringkat akar umbi dapat didengari dan seterusnya menyumbang kepada perancangan dasar kerajaan. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri seperti mana yang pernah dicadangkan Majlis Belia Malaysia dalam usaha memperkasa peranan belia di negara ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan rasmi sempena Hari Belia Negara hari ini berkata ia kerana kerajaan menyedari peranan belia terhadap hala tuju masa depan negara.
“Ini adalah insiatif yang baik supaya generasi belia di peringkat akar umbi dapat didengari dan seterusnya menyumbang kepada perancangan dasar kerajaan.
"Pada masa ini proses pemilihan calon sedang dimuktamadkan barisan anak muda yang terpilih untuk menganggotai kumpulan penasihat anak muda ini akan diumumkan dalam tempoh terdekat," kata Muhyiddin.
Beliau berharap dengan penubuhan kumpulan ini lebih ramai anak muda iaitu golongan belia dapat terlibat secara langsung dalam merangka strategi pembangunan negara yang menyeluruh.
[TERKINI] Ucapan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Belia Negara 2021
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Kumpulan Penasihat Anak Muda
#majlis belia malaysia
#perkasa peranan belia
#perancangan dasar kerajaan
#hari belia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan