Hari Bumi 2021: Pelihara bumi komitmen semua

Khairunnisa Kasnoon
April 21, 2021 22:57 MYT
Dr Henry memaklumkan, langkah paling mudah adalah amalan pembuangan sampah mengunakan konsep 3-R, Reduce, Reuse, Recycle yang boleh membantu memulihkan bumi. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Bumi boleh dibaik pulih sekiranya tanggungjawab itu dipikul bersama semua pihak - individu, kerajaan dan sektor korporat.
WWF Malaysia yakin dalam usaha memulihkan bumi, tiada yang mustahil sekiranya komitmen tersebut dapat dijalankan dengan betul.
Pengarah Konservasi WWF-Malaysia Dr Henry Chan memaklumkan, langkah paling mudah adalah amalan pembuangan sampah mengunakan konsep 3-R, Reduce, Reuse, Recycle yang boleh membantu memulihkan bumi.
Selain itu, pengurangan pembebasan karbon juga boleh membantu menyelamatkan bumi.
"Dua punca paling besar pencemaran udara ialah penjanaan kuasa elektrik dan penjanaan kuasa kenderaan pengangkutan melalaui pembakaran bahan api.
Amalan hidup lestari dan hijau seperti menggunakan pengangkutan awam dan menggunakan elektrik secara efisyen adalah sebahagian usaha penting untuk memulihkan bumi kita, semakin banyak kita dapat mengurangkan bayaran minyak kenderaan dan bil eketrik semakin lestari dan hijau kehidupan kita," ujarnya.
Pada masa sama, beliau juga menyeru orang ramai supaya bersama bergerak aktif menyokong kempen-kempen yang dijalankan agar usaha tersebut tidak dipersiakan.
Tambahnya, selain dapat membantu memulihkan bumi, ia juga merupakan pembelajaran yang bagus umtuk menyayangi alam sekitar untuk semu aperingkat umur.
“WWF Malaysia juga telah menyusun program menerusi dan aktiviti media sosial untuk menyemai rasa tanggungjawab dan kesedaran melindungi bumi dan alam sekitar," katanya lagi.
#Media #media sosial #kerajaan #minyak #Malaysia #WWF #WWF Malaysia #Bumi #Hari Bumi