[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
NATIONAL

Hari Jururawat Sedunia: Terima kasih atas bakti dan dedikasi anda - Dr Noor Hisham

Hafizi Rosli 12/05/2021 | 03:18 MYT
Jururawat Norhafizah Saad menyiapkan vaksin COVID-19 yang akan digunakan di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim, Alor Setar, 26 April 2021. Hari Jururawat Sedunia disambut pada tanggal 12 Mei setiap tahun - Gambar hiasan/fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan terima kasih kepada seluruh jururawat di Malaysia yang penuh dedikasi berkhidmat kepada masyarakat.
Ucapan berkenaan dibuat beliau menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya sempena Hari Jururawat Sedunia yang disambut hari ini.
"Selamat Hari Jururawat saya ucapkan kepada semua jururawat di Malaysia. Terima kasih kepada jururawat yang menabur bakti dengan penuh dedikasi.
"Selamat Hari Jururawat, 'a voice to lead, a vision for future healthcare'," ucapnya dalam video yang dimuat naik pada Rabu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada tanggal 12 Mei setiap tahun, Hari Jururawat disambut di seluruh dunia sebagai mengenang jasa golongan itu yang sanggup berkorban masa, tenaga dan bertungkus lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
#Noor Hisham Abdullah #Dr Noor Hisham Abdullah #hari jururawat #jururawat #kesihatan #COVID-19