KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Dataran Merdeka ibu negara pagi ini mendapat kehadiran pengunjung luar biasa, lebih daripada jangkaan.
Demikian jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media selepas acara terbabit menutup tirai.
Katanya, beliau berpuas hati dengan perbarisan dan acara yang berjalan lancar seperti dirancang.
"Alhamdulillah, semua acara perbarisan Hari Kebangsaan 2022 telah berjalan dengan baik dan lancar, walaupun saya perlu mengakui kehadiran luar jangka dan sedikit kesesakan.
"Perarakan tadi lebih 20,000 peserta mengambil bahagian, tapi yang penting semua telah berjalan dengan baik daripada mula sampai ke akhir, timing juga perfect mengikut apa kita aturkan," jelasnya.
Tambah Annuar, beliau menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir dalam acara itu.
Mengulas lanjut tambahnya, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan menzahirkan penghargaan buat penganjur dan peserta yang terlibat dalam acara itu.
"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong minta saya sampaikan rasa penghargaan Tuanku dan kagum melihat persembahan yang telah ditunjukkan semua kontinjen dan murid-murid sekolah yang telah mengambil bahagian.
"Begitu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri minta saya sampaikan kepada semua para peserta penghargaan dan terima kasih, serta ucapan tahniah atas kejayaan sambutan Hari Kebangsaan yang baik dapat disempurnakan," ujarnya lagi.
BACA KANDUNGAN EKSKLUSIF ASTRO AWANI SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022, DI SINI
Baginya, sambutan Hari Kebangsaan 2022 itu merupakan antara sambutan terbaik pernah diadakan di Dataran Merdeka.
"Saya juga bagi pihak diri saya mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa induk, jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa-jawatankuasa serta semua para peserta yang memberikan terbaik dan sangat membanggakan.
"Mudah-mudahan masa akan datang kita boleh buat lebih baik, kita ada satu lagi acara dibawah jawatankuasa kita, sambutan Hari Malaysia di Melaka pada 16 September depan," katanya lagi.
Terdahulu, sambutan Hari Kebangsaan 2022 berlangsung meriah melibatkan 15,971 peserta, 76 ekor haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara.
Paling mencuri tumpuan pengunjung, perarakan aset ketenteraan antaranya kereta kebal PT-91M (Pendekar), kereta perisai tempur Adnan AVR, Adnan AVF dan Adnan AMB dan misil Exocet MM40 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Selesai perarakan, Dataran Merdeka kemudian digegarkan dengan pertunjukan udara melintasi pentas utama.
Acara melibatkan melibatkan formasi pesawat Sukhoi SU-30 MKM, F/A-18D Hornet, B.A.E Hawk, pesawat pengangkut A400M Airbus, C130 Hercules serta tujuh jenis helikopter milik agensi kerajaan.
Fareez Azman
Wed Aug 31 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. - Foto BERNAMA
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.
UMNO terus jadi 'alat' DAP jika menang PRN - Annuar
Dengan cara itu, Annuar berkata UMNO akan sedar bahawa rakyat menolak parti itu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.