Hari Kebangsaan 2022: Surat PM Pertama Turkiye kepada Tunku Abdul Rahman dikongsi

Hasimi Muhamad
Ogos 31, 2022 10:22 MYT
Surat (kiri) yang diutuskan oleh Ali Adnan Ertekin Menderes dan surat (kanan) yang dibalas oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Foto/Twitter/Emir Sal Yuksel
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini, buat pertama kali Perutusan Khas daripada Perdana Menteri pertama Turkiye, Ali Adnan Ertekin Menderes (Adnan Menderes) kepada Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dikongsikan.
'Hadiah' tersebut, yang kini disimpan di Arkib Negara Turkiye dimuat naik oleh Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel di laman Twitternya hari ini, sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65.
Turut dikongsi ialah surat yang dibalas oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman kepada Adnan Menderes yang merupakan Perdana Menteri Turkiye pertama dilantik secara demokrasi.

A Merdeka 65 special gift from Türkiye to Malaysia! The then Turkish PM Adnan Menderes message on Merdeka in 1957 & reply of HE Tunku Abdul Rahman. (State Archives of Türkiye.) HAPPY MERDEKA DAY! @ISTANANEGARA_ @IsmailSabri60 @saifuddinabd @amran_zin @TC_Disisleri pic.twitter.com/L1pgd6J0ZP

— Emir Salim Yüksel (@emirsyuksel) August 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berdasarkan surat bertarikh 3 September 1957, Adnan Menderes yang memimpin Turkiye dari tahun 1950 hingga 1960, antaranya menzahirkan ucapan tahniah kerana Tanah Melayu mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos.
Negarawan Turkiye itu turut mendoakan agar rakyat Malaya terus mengecapi kesejahteraan dan kemakmuran.
Sementara itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman dalam suratnya berkata, Persekutuan Tanah Melayu akan berusaha untuk menyumbang ke arah keamanan dan kemakmuran dunia.
Hubungan diplomatik Malaysia-Turkiye sudah terjalin sejak tahun 1964, dan merupakan rakan dagang ketiga terbesar, serta sumber import keempat terbesar Malaysia di rantau Asia Barat dengan jumlah perdagangan dua hala melebihi AS$4.09 bilion (RM16.97 billion).
#Malaysia Merdeka ke-65 #Hari Kebangsaan Malaysia #Surat Turkiye kepada Tunku Abdul Rahman #Tanah Melayu merdeka