awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan: 50 aset ATM, pasukan keselamatan terlibat dalam pertunjukan udara

Bernama
Bernama
28/08/2023
04:44 MYT
Hari Kebangsaan: 50 aset ATM, pasukan keselamatan terlibat dalam pertunjukan udara
Kira-kira 50 aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan akan terlibat dalam pertunjukan udara sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, 31 Ogos ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasukan keselamatan akan terlibat dalam pertunjukan udara sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, 31 Ogos ini.
Pertunjukan yang diterajui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu akan melibatkan aset daripada pelbagai kategori antaranya pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM; F/A-18D Hornet dan BAE Hawk; pesawat pengangkut A400M; dan C130 Hercules termasuk helikopter dari Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Selain itu, terdapat juga aset udara daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Acara yang dijangka mencuri tumpuan pada pertunjukan udara itu adalah segmen gabungan formasi pesawat helikopter yang akan melibatkan 25 helikopter yang bakal menghidangkan beberapa aksi memukau dan mendebarkan penonton.
Kontinjen ATM merupakan kontinjen terbesar dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Kontinjen ATM merupakan kontinjen terbesar dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Segmen itu bakal memaparkan kebolehupayaan dan kesiagaan pasukan keselamatan negara hasil gabungan kemahiran dan kepakaran khas bagi pengunjung sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Sementara itu, Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat memberitahu 178 aset ATM antaranya Kenderaan Pembawa Senjata (KPS) VAMTAC S3; Meriam 105mm LG MK III; Kereta Perisai 8x8 Gempita AFV 30mm; Kereta Perisai ACV 300 Adnan IFV 12.7mm; dan Kereta Perisai PT 91 Pendekar akan terlibat dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023.
Antara aset dalam perbarisan dan perarakan yang dijangka menjadi perhatian adalah Sistem Roket Lancar Berganda (SRLB) ASTROS II; Hospital Medan; Kenderaan Jambatan Taktikal Pontun - Standard Module; dan Kenderaan Tactical Mobility Support System (TMSS).
Bagi TLDM pula, pasukan itu akan menampilkan dua Treler Misil TLDM dan Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) manakala TUDM pula akan memperagakan tiga Treler Misil TUDM.
Kontinjen ATM merupakan kontinjen terbesar dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023, dan antara yang terlibat ialah kontinjen gabungan pasukan khusus ATM; pasukan 10 Briged PARA; pasukan simpanan ATM; dan pasukan Malbatt.
Bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan, 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan; Perpaduan Malaysia MADANI; Ekonomi; Perbankan; Telekomunikasi; Industri Kreatif; Komuniti; Sukan Negara; Kesejahteraan dan Keselamatan Negara. - BERNAMA
Peserta-peserta yang terlibat dalam rampai Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. – Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Peserta-peserta yang terlibat dalam rampai Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya. – Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan 2023
#50 aset ATM
#Dataran Putrajaya
#pertunjukan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan