awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan: Kelantan guna tema sama kerajaan Pusat

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2023
08:12 MYT
Hari Kebangsaan: Kelantan guna tema sama kerajaan Pusat
Mohamed Fadzli (duduk,kanan) semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama di Kota Darulnaim pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Kelantan akan menggunakan tema yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk menggunakan tema Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
"Bagaimanapun... pihak kami meletakkan Membangun Bersama Islam di belakangnya sebagai tagline," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kelantan yang pertama pada Penggal ke-15 di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.
Menurut beliau, tema bagi sambutan Hari Kebangsaan Kelantan ialah Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan Membangun Bersama Islam.
Ujarnya, sambutan pada tahun ini sedikit berbeza iaitu diadakan pada 30 Ogos malam bertempat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV.
Mohamed Fadzli memberitahu, tiada sambutan pada sebelah pagi 31 Ogos sebagaimana kebiasaan.
"Tahun ini juga kita akan adakan persembahan bunga api luar dari kebiasaan.
"Program akan bermula seawal jam 6.30 petang dengan 'Kelantan Berselawat', kemudian untuk acara perbarisan dan perarakan akan diadakan di dalam stadium," katanya.
Beliau menjemput semua rakyat untuk hadir meraikan sambutan di ambang kemerdekaan itu bersama dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Hari Kebangsaan
#tema sama
#Mohamed Fadzli Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan