awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan: Negeri diharap guna logo, tema sambutan sama - Fahmi

Bernama
Bernama
21/08/2023
11:08 MYT
Hari Kebangsaan: Negeri diharap guna logo, tema sambutan sama - Fahmi
Fahmi berkata, beliau telah menerima respons beberapa menteri besar yang menyatakan kesediaan bagi menggunakan logo serta tema sambutan yang sama di peringkat negeri. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Ketika persiapan bagi kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini berjalan baik, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berharap semua negeri menggunakan tema serta logo sambutan yang sama seperti diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.
Katanya beliau telah menerima respons beberapa menteri besar yang menyatakan kesediaan bagi menggunakan logo serta tema sambutan yang sama di peringkat negeri.
“Semua negeri (diharap) turut serta guna tema sama, ini harapan kita. Masa berpolitik telah tamat, pilihan raya negeri (PRN) telah selesai.
“Satu ketika dahulu, kita kibarkan bendera parti, sekarang kita kibarkan bendera Malaysia. Ini tujuan kita, tugasan kita untuk rapatkan silaturahim, eratkan hubungan sesama kita dan pupuk perpaduan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini.
Mei lepas, Fahmi mengumumkan “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, dan mengangkat Malaysia MADANI sebagai logo rasmi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Fahmi Fadzil
#logo
#negeri pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan