awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kebangsaan: TUDM lakukan latihan penerbangan mulai Jumaat

Bernama
Bernama
25/08/2022
21:30 MYT
Hari Kebangsaan: TUDM lakukan latihan penerbangan mulai Jumaat
Pesawat terlibat akan melaksanakan penerbangan rendah dan penerbangan taktikal. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan operasi dan persiapan bagi sambutan Hari Kebangsaan bermula Jumaat hingga 31 Ogos ini.
TUDM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan pasukan itu akan melakukan koordinasi Terbang Lintas Hormat dan Segmen Udara melibatkan pesawat udara milik ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia iaitu pesawat milik TUDM, Tentera Darat dan Tentera Laut, sempena sambutan Hari Kebangsaan Rabu ini.
"Latihan itu turut melibatkan pesawat udara milik Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Sepanjang tempoh latihan persiapan sehingga hari sebenar, pesawat terlibat akan melaksanakan penerbangan rendah dan penerbangan taktikal," menurut kenyataan itu.
Justeru, TUDM menasihatkan orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat terbang rendah sepanjang tempoh latihan operasi dan kesiagaan dilaksanakan, yang dapat disaksikan di beberapa kawasan latihan iaitu sekitar Kuantan dan Lembah Klang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TUDM
#Polis Diraja Malaysia
#tentera darat
#Hari Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan