awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Kelepasan Am Tambahan: Majikan swasta digalak beri cuti bergaji

Bernama
Bernama
02/12/2021
05:56 MYT
Hari Kelepasan Am Tambahan: Majikan swasta digalak beri cuti bergaji
SARAVANAN: Para majikan di sektor swasta adalah digalakkan untuk memberikan cuti am bergaji kepada pekerja-pekerjanya di tiga Wilayah Persekutuan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Majikan sektor swasta digalakkan memberi cuti am bergaji kepada pekerja susulan pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan esok, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata saranan itu dibuat memandangkan Hari Kelepasan Am Tambahan yang diisytiharkan itu bukan merupakan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan menurut Seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955 [Akta 265].
"Susulan pengisytiharan hari pelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari Jumaat, para majikan di sektor swasta adalah digalakkan untuk memberikan cuti am bergaji kepada pekerja-pekerjanya di tiga Wilayah Persekutuan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan Jumaat (3 Disember) sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh Wilayah Persekutuan susulan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia.
Shahidan berkata pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan itu dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.
Pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Johor Darul Ta'zim (JDT) tewas 0-2 di tangan KL City FC, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Harimau Selatan itu pada 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#majikan swasta
#cuti bergaji
#hari kelepasan am
#M Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan