Hari Kemerdekaan: LRT, MRT, Monorel mula operasi 4.30 pagi

Hakim Rahman
Ogos 23, 2022 04:18 MYT
Orang ramai yang mahu menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini digalak menggunakan pengangkutan awam berikutan penutupan beberapa jalan utama. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2022 pada 31 Ogos ini, semua perkhidmatan rel merangkumi LRT, MRT dan Monorel akan bermula pada jam 4.30 pagi hari tersebut.
Menurut RapidKL dalam satu kenyataan, kekerapan tren juga akan ditambah mengikut keperluan semasa operasi.
"Ayuh #KeluargaMalaysia, jom gunakan pengangkutan awam pada 31 Ogos untuk pergi ke Dataran Merdeka (atau ke mana-mana sahaja)," katanya.
Sebelum ini, polis menasihatkan orang ramai yang mahu menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka di sini pada 31 Ogos nanti supaya merancang perjalanan.
Mereka digalak menggunakan pengangkutan awam berikutan penutupan beberapa jalan utama pada hari berkenaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, lapan jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup dan dilencongkan bagi tujuan keselamatan dan kelancaran sambutan berkenaan.
#Dataran Merdeka #pengangkutan awam #perkhidmatan rel #hari kemerdekaan