MALAYSIA
Hari Malaysia: 15,000 peserta berkain sarung di ibu kota, MSMR serlahkan perpaduan
Acara berkenaan disifatkan sebagai bukan sekadar sukan, tetapi simbol keunikan Malaysia dalam menyatukan rakyat menerusi warisan, tradisi dan kebersamaan. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ribuan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan latar belakang membanjiri pekarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini bagi menyertai Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025, yang penuh warna-warni sempena sambutan Hari Malaysia.
Dengan berlari sambil mengenakan sarung tradisional, para peserta tidak hanya menyemarakkan semangat patriotisme, malah meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi teras perpaduan negara.
Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan muzik etnik dan moden, serta 40,000 kuih-muih tradisional yang disediakan kepada peserta dan pengunjung.
Menurut Presiden Malaysia Marathon yang juga Pengasas MSMR, Eddy Casmady, acara berkenaan bukan sekadar sukan, tetapi simbol keunikan Malaysia dalam menyatukan rakyat menerusi warisan, tradisi dan kebersamaan.
"Keunikan pada tahun ini kita cetak Jalur Gemilang sepanjang satu kilometer (km), yang dipegang beramai-ramai yang masuk pada edisi kali ini.
"Saya terharu sebenarnya... inilah sebenarnya rakyat Malaysia, kerana sarung kita bersatu dan kerana sarung ini juga menghimpunkan semua rakyat Malaysia pelbagai budaya dan kaum dalam satu acara. Ini adalah semangat perpaduan yang telah lama dikecapi di Malaysia," katanya Ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Sabtu.
Turut hadir memeriahkan acara ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa; serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Mengulas lanjut, Eddy berkata MSMR dijangka kembali lebih meriah pada tahun depan bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026, dengan sasaran penyertaan seramai 20,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Katanya, usaha sedang digerakkan untuk memastikan acara tahunan itu menjadi antara tarikan utama pelancongan negara, bukan sahaja mempromosi gaya hidup sihat, tetapi juga mengetengahkan keunikan budaya dan tradisi rakyat Malaysia.
Sementara itu, beberapa peserta yang ditemui turut berkongsi pengalaman pertama mereka menyertai acara ini, sambil menzahirkan keterujaan dengan suasana penuh warna-warni dan semangat perpaduan yang ditampilkan.
Mereka menyifatkan MSMR sebagai satu simbol keharmonian rakyat pelbagai kaum yang bersatu meraikan warisan budaya secara santai dan menyeronokkan.
"Saya ini bukan orang Melayu tetapi ada darah campuran Cina dan ahli keluarga saya mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk dalam kalangan Kadazan.
"Perpaduan ini sangat mustahak supaya tidak ada perbalahan antara kita," ujar jurulatih kecergasan, Suzyla Jaffar, 60.
MSMR yang memasuki edisi ketiga merupakan anjuran Malaysia Marathon, dan melibatkan dua acara ialah 5KM Fun Run, selain turut memperkenalkan segmen baharu yang kompetitif iaitu 5KM Malaysia Speed Race.
Setiap hentian diwarnai zon budaya interaktif, alunan muzik tradisional serta salah satu tarikan utama acara ini ialah persembahan lebih 40,000 kuih-muih dari seluruh negara.
Dari Zon Borneo, peserta disajikan dengan apam butter, bingka jagung dan puding gula merah; Zon Utara menampilkan seri muka, talam keladi dan pulut sambal; manakala Zon Selatan serta Pantai Timur menyajikan puteri ayu, kuih bakar, kole kacang dan talam suji.