MELAKA: Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir yang julung kali diadakan di luar Semenanjung, dilihat mampu menonjolkan identiti dan keunikan negara yang kaya dengan warisan serta kepelbagaian kaum kepada pelancong luar negara.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia juga dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada pengunjung terutamanya dari luar negara berikutan Melaka juga dikenali antara destinasi utama pelancongan di negara ini.
"Dengan tema era 50-an dan 60-an serta etnik kaum masing-masing sudah pasti ramai hadir untuk meraikan dan menyaksikan sambutan yang diadakan pertama kali di luar Sabah dan Sarawak.
"Jadi mereka dapat menyaksikan juga kepelbagaian kita dari segi pemakaian yang dipakai kaum-kaum terdapat di Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nancy berkata pemilihan Melaka sebagai tuan rumah yang juga tapak bersejarah bagi pengisytiharan tarikh kemerdekaan secara tidak langsung memberi nilai tambah dalam merancakkan lagi sektor pelancongan negara.
"Setelah dua tahun tanpa sambutan secara fizikal, kita yakin rakyat negara ini tentunya teruja untuk meraikannya dan saya terharu melihat sambutan orang ramai yang datang awal ke sini seperti penganjuran pada Hari Kebangsaan sebelum ini.
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia dan kitalah orang yang akan menentukan hala tuju negara ini untuk menjadi sebuah negara yang lebih maju, lebih membangun dan lebih berbudaya seperti mana kita mahukan selama ini," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, penganjuran Hari Malaysia tahun ini juga dilihat membawa limpahan rezeki kepada penggiat industri pelancongan dan peniaga kecil untuk menambah pendapatan.
"Ini satu daripada daya tarikan yang amat menarik untuk Malaysia terutama festival seperti ini dan akhirnya menjadi satu acara kita untuk menjana pendapatan kepada negara.
"Banyak pengusaha kecil dapat menggunakan peluang ini untuk menjana pendapatan seperti penjual makanan, kraftangan dan sebagainya. Oleh itu, kita harus bersyukur untuk terus menyokong apa-apa jua aktiviti yang kita anjurkan demi rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 16 2022

Pengunjung yang hadir bergambar kenangan bersama replika pakaian tradisional yang dipamerkan di tapak majlis sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan dekat Banda Hilir hari ini. - Foto BERNAMA

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Hari Malaysia tonjol identiti, keunikan negara - Nancy
Ia dilihat mampu menonjolkan identiti dan keunikan negara yang kaya dengan warisan serta kepelbagaian kaum kepada pelancong luar negara.

Persiapan sambutan Hari Malaysia di Melaka berjalan lancar
Kerja-kerja pemasangan pentas utama, khemah untuk tetamu jemputan, tempat duduk penonton dan ujian audio giat dijalankan.

PM tiba di Sabah untuk lawatan kerja sehari
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat tiba ke Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 11 pagi Khamis.

Hari Malaysia: Masa yang tepat untuk pupuk semangat Keluarga Malaysia - Annuar Musa
Annuar mengajak seluruh rakyat turut menganjurkan aktiviti sambutan tersendiri di negeri, daerah dan komuniti masing-masing.

Sabah tuan rumah Hari Malaysia 2021
Sabah sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia 2021, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Nilai murni corak kehidupan masyarakat - Ketua Menteri Sabah
Selain nilai-nilai murni, perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa juga harus dipelihara bagi mengekalkan kemakmuran di negara ini.

Jerebu: Larian Bursa, sambutan Hari Malaysia antara 5 aktiviti luar yang terjejas
Tentunya beberapa acara yang dijadualkan berlangsung, terutamanya yang dianjurkan di tempat terbuka terjejas susulan keadaan berjerebu dan kualiti dara yang semakin merosot.

Kepentingan Sabah, Sarawak sudah cukup terabai - Tun M
Antara langkah yang mungkin boleh diambil ialah mengambil lebih banyak rakyat Sabah dan Sarawak bekerja di Semenanjung dalam sektor kerajaan.