awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Pahlawan: Penduduk Putrajaya diminta tidak panik bunyi tembakan meriam

Bernama
Bernama
28/07/2025
13:45 MYT
Hari Pahlawan: Penduduk Putrajaya diminta tidak panik bunyi tembakan meriam
Aidi Sham berkata beberapa laluan utama akan terlibat sepanjang acara berlangsung iaitu Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Orang ramai diingatkan supaya tidak bimbang dengan bunyi tembakan meriam dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan gangguan trafik sempena Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan 2025 di Dataran Pahlawan Negara di sini 31 Julai ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melepaskan 21 das tembakan meriam pada hari sambutan Khamis ini manakala dua das tembakan pada sesi raptai penuh di lokasi yang sama esok.
"Penduduk sekitar dinasihatkan agar tidak panik apabila mendengar letupan meriam manakala kesesakan jalan raya dijangka berlaku dari 7 hingga 10 pagi. Justeru, pengguna dinasihatkan memberi kerjasama dan mematuhi isyarat polis bagi memastikan kelancaran istiadat perbarisan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa laluan utama akan terlibat sepanjang acara berlangsung iaitu Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E.
Orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sambutan Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun sebagai memperingati perjuangan serta pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan dianjurkan secara bergilir antara ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1968.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#PDRM
#laluan alternatif
#Hari Pahlawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan