Malaysia yakin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menyambut ulang tahun ke-73 hari ini, akan terus kekal sebagai platform terbaik untuk meluaskan kerjasama antarabangsa serta mengatasi masalah global, berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa dan saling menghormati.
Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal Ehwal Multilateral Kementerian Luar Negeri Datuk Kennedy Jawan berkata hari ini, Malaysia berharap dapat bekerjasama secara lebih mendalam dengan anggota dan Sekretariat PBB dalam melaksanakan tanggungjawabnya, seperti termaktub dalam Piagam PBB.
"Malaysia akan teruskan usaha dan komitmennya untuk meneroka resolusi konflik di Palestin dan menangani krisis pelarian Rohingya.
"Malaysia juga akan terus bersaing untuk berada dalam kedudukan strategik di badan antarabangsa itu, dengan meletakkan calon di Majlis Keselamatan PBB (2036-2037), Pertubuhan Maritim Antarabangsa (2020-2021), UNESCO (2019-2023) dan badan antarabangsa lain," katanya kepada Bernama dalam temubual menerusi emel, sempena sambutan Hari PBB 2018.
Hari PBB menandakan Piagam badan dunia itu mula berkuatkuasa pada 24 Oktober 1945.
Jawan berkata Malaysia juga komited untuk aktif dalam rundingan mengenai pembaharuan Majlis Keselamatan PBB (UNSC), yang menjadi sebahagian usaha badan antarabangsa tersebut bagi memperbaiki struktur organisasi 193 anggota, termasuk mengukuhkan Perhimpunan Agung PBB (UNGA).
"Justeru, Malaysia akan terus menyuarakan pandangannya, bahawa pembaharuan UNSC hanya akan berhasil jika terdapat keikhlasan dan hasrat politik yang kuat dalam kalangan negara anggota," katanya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa Sidang Ke-73 UNGA bulan lalu, mencadangkan kuasa veto tidak hanya dipegang satu anggota tetap UNSC, tetapi sekurang-kurangnya dua anggota yang disokong tiga anggota tidak tetap UNSC. UNGA juga harus membuat keputusan dengan majoriti mudah.
BACA: Lepas beri ucapan di PBB, Tun Mahathir dikerumun bak bintang popular!
Bagaimanapun, Jawan berkata realitinya P5 (Lima anggota tetap UNSC - Amerika Syarikat (AS), China, Rusia, Perancis dan United Kingdom) tidak sanggup untuk melepaskan kuasa veto mereka.
"Oleh itu, Malaysia akan terus menyokong bahawa penggunaan veto perlu dikawal selia dan tidak digunakan dalam situasi melibatkan jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai atau jenayah kemanusiaan," katanya.
Beliau berkata keanggotaan Malaysia di badan dunia itu, sejak September 1957 sesuatu yang mencabar, tetapi perlu kekal objektif dan mempunyai prinsip terhadap isu yang dibincangkan sebagaimana termaktub dalam Piagam.
Katanya, antara sumbangan negara kepada organisasi tersebut sebagai anggota tetap UNSC selama empat penggal iaitu pada 1965 (berkongsi dengan Czechoslovakia ketika itu yang berkhidmat pada 1964), 1989-1990, 1999-2000 dan 2015-2016.
Semasa penggal akhir, Resolusi 2334 mengenai Situasi di Timur Tengah, termasuk berkaitan Palestin telah diterima pakai pada 23 Dis 2016. Malaysia bersama New Zealand, Senegal dan Venezuela, mengetuai pembentangan resolusi berkenaan pendudukan haram oleh Israel.
Jawan berkata Malaysia juga aktif dalam operasi pengaman PBB sejak tahun 1960.
Sehingga kini, Malaysia telah mengambil bahagian dalam 36 misi pengaman dengan penempatan lebih 35,000 anggota tentera dan polis, khususnya di Timur Tengah dan Afrika, serta Kosovo, Bosnia dan Herzegovina, Nepal, Filipina, Timor Leste, Timor Timur, Thailand Selatan dan Kemboja.
"Malaysia kini terlibat dalam enam operasi pengaman PBB di Congo, Lebanon, Darfur, Sahara Barat, Sudan Selatan dan Abyei (terletak di sempadan antara Sudan dan Sudan Selatan), melibatkan 864 anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia," katanya.
Antara lain, Malaysia juga aktif sebagai ahli jawatankuasa mengenai Palestin dan ahli lembaga eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB bagi tempoh 2015-2019.
BACA: Tiada pihak boleh dipinggir dalam pembangunan bandar - UN Habitat
Malaysia juga menjadi tuan rumah agensi PBB iaitu Pusat Perkhidmatan Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia sejak 2008 dan Pusat Perkhidmatan Bersama Global Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa sejak 2012, terletak di Cyberjaya.
Sementara itu, seorang rakyat Malaysia, Datuk Maimunah Mohd Sharif dipilih sebagai Ketua Setiausaha dan Ketua Eksekutif Program Penempatan Manusia PBB di Perhimpunan Agung pada 22 Disember 2017, selepas dicalonkan oleh Setiausaha Agung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 24 2018
Keanggotaan Malaysia dalam PBB sejak September 1957 sesuatu yang mencabar, tetapi perlu kekal objektif dan mempunyai prinsip. - Gambar hiasan
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Tun Mahathir akan bertemu Gabenor JBIC bincang Bon Samurai kedua
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bertemu Gabenor Japan Bank for International Corporation (JBIC), Tadashi Maeda pada hari terakhir lawatan beliau ke Kyoto Jepun pada 8 September ini.
Hari PBB: Malaysia yakin PBB masih platform terbaik kepada masyarakat antarabangsa
Malaysia berharap dapat bekerjasama secara lebih mendalam dengan anggota dan Sekretariat PBB dalam melaksanakan tanggungjawabnya, seperti termaktub dalam Piagam PBB.