awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Pekerja: Teliti langkah penambahbaikan, beri impak menyeluruh - MTUC

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/04/2023
14:18 MYT
Hari Pekerja: Teliti langkah penambahbaikan, beri impak menyeluruh - MTUC
Masih ramai pekerja yang tidak tahu hak mereka, justeru sambutan Hari Pekerja beri platform bangkit isu berkaitan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan pengurangan waktu bekerja perlu diperhalusi dan dirancang dengan teliti bagi membolehkan keberkesanan impaknya dirasai.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, Pindaan Akta Kerja 1955 yang menguatkuasakan waktu bekerja 45 jam adalah langkah permulaan ke arah 40 jam waktu bekerja dalam seminggu, namun ia tidak boleh dilakukan secara melulu.
"Pemikiran kena ubah kalau nak laksana waktu kerja 40 jam. Paling penting, kena fikir adakah langkah itu sesuai dilaksanakan di negara kita persekitaran Asia Tenggara dan negara jiran.
"Memang kena teliti banyak perkara. Seingat saya, nak laksanakan 45 jam waktu bekerja pun macam-macam isu dan birokrasi yang timbul, antaranya waktu rehat yang tidak dimasukkan dalam 45 jam itu.
"Bagi MTUC, kita terlebih dahulu kena faham konsep 45 jam itu. Tidak ada makna jika kita laksanakan tetapi tidak menyeluruh.
"Kena fikir juga ada industri yang boleh dilaksanakan waktu bekerja 40 jam dan 45 jam tetaapi ada juga yang tidak boleh," katanya ketika muncul dalam program Fokus Minggu Depan, pada Ahad.
Dalam masa yang sama, beliau melihat keperluan agar Akta Kerja dikuatkuasakan secara menyeluruh termasuk Sabah dan Sarawak.
"Saya harap supaya kerajaan memanjangkan Akta Kerja ke Sabah dan Sarawak. Ini kerana akta ini merangkumi semua pekerja tetapi tidak melindungi pekerja di Sabah dan Sarawak jadi saya rasa kerajaan boleh lihat bagaimana akta ini boleh dikuatkuasakan sepenuhnya," ujarnya.
Kedua-dua negeri itu menggunakan Ordinan Buruh yang memainkan peranan dalam mengenal pasti hak-hak pekerja.
"Masalah sekarang ialah ramai pekerja tidak tahu, mungkin juga kurang kesedaran tentang hak mereka.
"Dengan adanya sambutan Hari Pekerja, ini memberi ruang pekerja imbas balik peranan mereka serta memberi platform bukan saja nak meraikan tetapi menghayati apakah itu Hari Pekerja.
"Dalam masa yang sama, Hari Pekerja akan membawa perhatian mereka terhadap isu-isu berkaitan pekerja, mereka tahu mereka ada platform.
"Kesepakatan antara majikan dan pekerja penitng bagi meningkatkan ekonomi dan Hari Pekerja akan menzahirkan keperluan bagaimana golongan pekerja boleh terus dibantu," katanya lagi.
Kerajaan mengangkat tema 'Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani' sempena sambutan Hari Pekerja 2023 pada 1 Mei ini.
Topic Berkaitan
#Hari Pekerja
#hak pekerja
#MTUC
#Mohd Effendy Abdul Ghani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan