awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Perkabungan Negara: Bendera dikibar separuh tiang

Haider Yutim
Haider Yutim
18/08/2014
06:06 MYT
Hari Perkabungan Negara: Bendera dikibar separuh tiang
Jumaat, 22 Ogos 2014, telah diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara. - Gambar Fail
Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini mengeluarkan arahan supaya bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara, dan semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada Hari Perkabungan Negara yang bertujuan menzahirkan rasa dukacita terhadap tragedi MH17.
"Jabatan Perdana Menteri ingin memaklumkan, selaras dengan pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri, bahawa hari Jumaat, 22 Ogos 2014, telah diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara bersempena dengan ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 ke Malaysia," kata kenyataan tersebut.
Antara peraturan yang ditetapkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, JPM yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua rakyat Malaysia adalah bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari berkenaan.
JPM juga menekankan agar peraturan hari berkabung itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai.
Perkabungan Negara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 14 Ogos.
Dalam kejadian nahas pada 17 Julai lalu, pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#bendera
#hari perkabungan
#JPM
#Malaysia
#MH17
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan