awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari pertama bazar Ramadan Kampong Bharu mula meriah

Faida Rahim
Faida Rahim
12/03/2024
09:06 MYT
Hari pertama bazar Ramadan Kampong Bharu mula meriah
Nurul Aiza (kanan) yang pertama kali berniaga di tapak bazar Ramadan berkenaan mengaku teruja melihat sambutan yang diterimanya. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Bazar Ramadan Kampong Bharu yang menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong asing di ibu negara mula meriah dengan kehadiran orang ramai pada Selasa.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, warga kota tidak melepaskan peluang ke bazar Ramadan popular itu seawal jam 3 petang meskipun dalam keadaan cuaca panas terik.
Pengunjung bazar, Samsiah Halil yang merupakan warga Singapura tidak melepaskan peluang datang melihat sendiri ribuan jenis juadah yang dijual sepanjang tapak bazar berkenaan.
“Ini merupakan hari keenam saya di Kuala Lumpur dan bakal balik ke Singapura malam ini.
“Saya tinggal di hotel berdekatan, petugas hotel memberitahu Bazar Ramadan Kampong Bharu terkenal dengan makanan yang sedap. Jadi saya bawa anak-anak ke sini,” katanya.
Samsiah (tengah) bersama anak-anaknya tidak melepaskan peluang meninjau kemeriahan bazar Ramadan sebelum pulang ke Singapura. - Astro AWANI
Samsiah (tengah) bersama anak-anaknya tidak melepaskan peluang meninjau kemeriahan bazar Ramadan sebelum pulang ke Singapura. - Astro AWANI
Dalam pada itu, bagi Nurul Aiza Zaharuddin yang pertama kali berniaga di tapak bazar Ramadan berkenaan mengaku teruja melihat sambutan yang diterimanya.
“Sebelum ini saya berniaga di Sri Rampai, tahun ini ada kelainan sikit. Ada rezeki berniaga di sini.
“Saya memilih jual air balang kerana minuman menjadi pilihan orang ramai sepanjang Ramadan. Hari ini saya bawa 300 cawan. Harapan saya agar semua habis sebelum saya pulang,” katanya.
Zulhilmi cuma berharap agar jualan minumannya lancar dan laku. - Astro AWANI
Zulhilmi cuma berharap agar jualan minumannya lancar dan laku. - Astro AWANI
Sementara itu, seorang lagi peniaga air balang, Zulhilmi Ahmad Tarmizi memberitahu, suasana bazar Ramadan tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini, khususnya apabila dibandingkan denga tahun-tahun sebelumnya ketika negara masih bergelut untuk keluar dari cengkaman pandemik COVID-19.
“Ini tahun keempat saya di sini. Harapan saya sama seperti sebelum ini agar air habis dijual dan dapat memuaskan hati pembeli ketika buka puasa nanti,” akhirinya.
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Kampung Baru
#Ramadan
#buka puasa
#Bazar Ramadan
#jendela ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan