KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan 2023/2024 di semua sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula seperti dijadualkan hari ini namun beberapa sekolah di Johor tidak dapat berbuat demikian kerana masih terjejas banjir.
Di KEDAH, seramai 334,426 pelajar dari 752 sekolah merangkumi 188,362 pelajar dari 548 sekolah rendah dan 146,064 pelajar dari 204 sekolah menengah memulakan sesi persekolahan.
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Rozaini Ahmad berkata daripada jumlah itu, 30,613 merupakan pelajar Tahun 1 manakala 29,240 pelajar Tingkatan 1.
Bercakap kepada pemberita sempena pembukaan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda, Rozaini berkata daripada jumlah 30,468 guru yang bertugas di negeri itu, 176 merupakan guru baharu.
Di TERENGGANU pula, seramai 235,665 pelajar memulakan sesi persekolahan mereka di 505 buah sekolah iaitu 352 buah sekolah menengah dan 153 sekolah rendah melibatkan seramai 22,144 guru di seluruh Terengganu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Abdul Muie Ngah berkata daripada jumlah itu, 43,348 ialah pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1.
"Selain pelajar di sekolah kerajaan, kita juga ada 3,191 pelajar di sekolah swasta, murid dalam hospital (39 orang) dan Sekolah Integriti Marang (53 orang), yang turut memulakan sesi persekolahan hari ini dengan bimbingan 388 guru," katanya selepas melakukan tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang, Hulu Dungun.
Manakala di KELANTAN, seramai 280,942 pelajar membabitkan 595 buah sekolah di negeri itu, memulakan Sesi Akademik 2023/2024 hari ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan tertumpu kepada pembentukan adab,akhlak dan motivasi dalam kalangan murid.
"Pihak sekolah mempunyai ruang memupuk pelbagai nilai baik yang menjadi teras kemenjadian murid dalam tempoh ini.
"Aktiviti dan amalan baik yang menyeronokkan pada awal pembukaan sekolah akan mempengaruhi pembentukan karamah insaniah dalam jangka masa panjang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan minggu pertama pembukaan sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.
Di JOHOR, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Md Said Md Daimon berkata lima sekolah melibatkan kira-kira 2,000 pelajar di negeri itu, tidak memulakan sesi persekolahan mereka hari ini kerajaan sekolah berkenaan masih terjejas banjir.
Beliau berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Mendapat, SK Tanjung Sembrong dan SK Seri Nasib Baik di Batu Pahat, tidak dapat dibuka susulan banjir yang masih belum surut manakala SK Pogoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap di Segamat yang mengalami masalah bekalan elektrik, dijangka dapat beroperasi esok.
"Sebanyak 44 buah sekolah di daerah ini (Batu Pahat) masih dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), yang menempatkan mangsa-mangsa banjir termasuk pelajar sekolah.
"Bagaimanapun, murid yang ditempatkan di PPS ini, akan masuk ke kelas menumpang walaupun PPS itu bukan sekolah dia, bergantung kepada kekosongan bilik darjah memandangkan minggu pertama lebih kepada sesi suai kenal transisi," katanya kepada pemberita selepas melawat SK Seri Gading, Batu Pahat.
Sejumlah 595,454 orang pelajar di Johor dijadual memulakan sesi persekolahan di 1,192 sekolah bagi sesi 2023/2024 melibatkan 354,312 murid di 908 sekolah rendah serta 241,142 pelajar di 284 sekolah menengah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2023
Di Kedah, seramai 334,426 pelajar dari 752 sekolah merangkumi 188,362 pelajar dari 548 sekolah rendah dan 146,064 pelajar dari 204 sekolah menengah memulakan sesi persekolahan. - Bernama
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sesi persekolahan kembali kepada Januari-Disember pada 2026
Sesi persekolahan akan kembali bermula Januari, pada 2026, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.
Kemarau: 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa, hadkan aktiviti luar bilik darjah
Sesi persekolahan di 62 sekolah di Papar beroperasi seperti biasa walaupun daerah itu diisytihar kawasan bencana kemarau.
Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah akan ditangguh terlebih dahulu pada minggu pertama.
Murid OKU teruja, bersemangat mulakan sesi persekolahan
Walaupun menghadapi kekurangan pada kedua-dua kakinya akibat Cerebral Palsy, namun tahap pemikiran Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli selari dengan rakan sebayanya.
Sesi persekolahan 2024/2025 bermula hari ini
KPM akan meneruskan pendekatan baharu, tiada pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah pada minggu pertama.
Semua sekolah menengah, vokasional, IPG wajib ada kelas prasekolah - Fadhlina
Semua Institusi Pendidikan Guru (IPG), kolej vokasional dan sekolah menengah wajib memiliki kelas prasekolah.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Minggu pertama sekolah tanpa kelas akademik diteruskan
Minggu pertama persekolahan tanpa kelas akademik diteruskan pada tahun kedua sesi 2024/2025 yang akan bermula 10 Mac dan 11 Mac ini.
Kelonggaran pelajar ke sekolah berpakaian biasa beri kelegaan kepada waris
Kelonggaran diberikan kepada pelajar untuk hadir ke sekolah dengan berpakaian biasa memberi kelegaan kepada keluarga terjejas banjir.
Sesi persekolahan di Kelantan lancar termasuk terjejas banjir
Sesi persekolahan di 595 sekolah menengah dan rendah di Kelantan berjalan lancar termasuk yang terkesan banjir.