MALAYSIA
Hari pertama SPM 2025 penuh debaran, ibu sumber kekuatan calon
Gelagat ahli keluarga meninjau anak mereka menduduki peperiksaan SPM di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu, hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Debaran jelas terpancar pada wajah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 ketika mereka melangkah ke pusat peperiksaan pada hari pertama ujian bertulis hari ini dengan harapan segala persiapan dan usaha mereka membuahkan hasil yang cemerlang.
Ringkasan AI
Bagi ibu bapa yang menghantar anak masing-masing, perasaan mereka jauh lebih bergolak, diiringi doa agar anak mereka dapat menjawab soalan dengan lancar dan mendapat kejayaan cemerlang.
Bagi pekerja bebas Dinihariyanti Rusman, 51, pengalaman menghantar anak untuk menduduki SPM buat kali pertama sangat sukar untuk digambarkan.
"Semangat itu tak tahu nak cakap apa ... takut ada, risau ada. Tapi tak boleh tunjuk depan anak," katanya kepada pemberita semasa menghantar anak perempuannya yang berusia 17 tahun untuk menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kiaramas, di sini.
Beliau berkata sebagai seorang ibu, sokongan emosi amat penting khususnya buat anaknya itu yang juga antara calon kumpulan pertama yang tidak pernah melalui sebarang peperiksaan besar sebelum ini.
Seorang suri rumah Zanariah Salleh, 54, tidak dapat menyembunyikan rasa syukur apabila anaknya yang juga calon Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), berjaya sampai ke detik penting itu seperti pelajar lain.
"Syukur dia dapat menduduki persediaan SPM. Saya yakin, insya-Allah, dia akan buat yang terbaik kerana usaha yang telah dia tunjukkan," katanya.
Zanariah berkata anaknya Muhammad Akif Umar Amir Mahamud, 18, yang menghidap mild autism, mempunyai perkembangan yang amat membanggakan dan potensinya jelas kelihatan melalui minat dan kesungguhan yang ditunjukkan sejak dua tahun kebelakangan ini.
"Sebagai seorang ibu, tentu kita mahu anak berjaya dengan cemerlang. Doakan semua anak-anak yang menduduki peperiksaan hari ini dipermudah dan berjaya," katanya.
Di sebalik debaran dan harapan besar ibu-ibu berkenaan, mereka sepakat bahawa yang paling penting adalah mempercayai kemampuan anak-anak serta terus menjadi sumber kekuatan mereka.
Peperiksaan bertulis SPM 2025 bermula hari ini dengan Bahasa Melayu Kertas 1 pada 8.15 pagi, diikuti Pendidikan Seni Visual - Teori Seni Kertas 1 pada 11.45 pagi dan Bahasa Melayu Kertas 2 pada 2.30 petang.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Calon SPM 2025 mengharungi hari pertama ujian bertulis dengan debaran yang dirasai, diiringi doa ibu bapa agar segala persiapan mereka membuahkan kejayaan.
- Pengalaman Dinihariyanti Rusman menghantar anak SPM buat kali pertama menimbulkan perasaan takut dan risau, namun penting untuk tunjukkan sokongan emosi kepada anak.
- Zanariah Salleh bersyukur kerana anaknya yang mengidap autism berjaya menduduki SPM, menunjukkan potensi dan kesungguhan yang membanggakan, serta menyeru untuk mendoakan kejayaan calon lain.