awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hari Polis: Lebih 127,000 anggota bakal nikmati Insentif Rebat RAHMAH

Bernama
Bernama
25/03/2025
06:40 MYT
Hari Polis: Lebih 127,000 anggota bakal nikmati Insentif Rebat RAHMAH
Pegawai-pegawai kanan PDRM melafaz ikrar pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 tahun 2025 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan pemberian Insentif Rebat RAHMAH secara sekali bayar kepada lebih 127,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersempena Sempena Hari Polis Ke-218.
Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan bahawa tawaran berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi, khusus kepada anggota PDRM, meliputi anggota beruniform dan awam yang berkhidmat dengan pasukan keselamatan itu.
Menurut kenyataan itu pemberian insentif berkenaan disokong oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, YTL Communications, Tune Talk, redONE dan XOX Com.
Memperincikan insentif itu, Kementerian Komunikasi berkata anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar akan menikmati rebat dalam bentuk tanggungan pembayaran bil selama satu bulan sama ada pada April, Mei atau Jun, bergantung kepada tarikh kitaran bil penerima rebat.
"Anggota PDRM yang melanggan pakej prabayar pula akan menerima tambah nilai prabayar minimum RM30 secara sekali bayar dan kaedah pemberian rebat adalah berbeza mengikut syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi," menurut kenyataan itu.
Kementerian Komunikasi berkata insentif tersebut sejajar dengan hasrat kerajaan MADANI bagi mengiktiraf dan menghargai pengorbanan anggota PDRM atas komitmen dalam menjalankan tugas bagi menjaga kesejahteraan rakyat serta keselamatan negara.
Maklumat lanjut mengenai insentif itu akan diumumkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing.
Untuk menyemak senarai soalan lazim, anggota PDRM disarankan merujuk laman sesawang Kementerian Komunikasi di pautan https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Polis
#PDRM
#Rebat Rahmah
#kementerian komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan