MELAKA: Hari Puisi Malaysia (HPM) akan diadakan secara bergilir-gilir di setiap negeri bermula tahun ini, kata Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) Datuk Dr Radzuan Ibrahim.
Beliau berkata Melaka dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi sambutan kali ke-3 HPM Selasa ini (13 Jun) dengan majlis perasmian di Auditorium Tun Seri Lanang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN), Ayer Keroh, di sini disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
"Langkah membawa HPM keluar daripada ibu negara akan diteruskan dengan gerakan-gerakan gagasan melestarikan MADANI sebagai satu proses mengubah dan mengajak masyarakat memahami persembahan puisi dalam kehidupan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Katanya sambutan HPM ke-3 itu telah bermula sejak awal bulan ini dengan pertandingan mencipta puisi serta video baca puisi yang disiarkan di media sosial, dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada HPM di Melaka, dengan hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Menteri.
HPM diisytiharkan pada 13 Jun 2021 oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika itu Datuk Seri Nancy Shukri (kini Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat), dalam Majlis Semarak Puisi anjuran DBP serta PEMUISI.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023
Datuk Dr Radzuan Ibrahim, Presiden Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia. - Gambar fail BERNAMA
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Hari Puisi Malaysia disambut bergilir-gilir di setiap negeri
Melaka dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan kali ke-3 HPM dengan majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.