Hari Raya Aidiladha disambut 20 Julai

Faris Danial Razi
Julai 10, 2021 12:34 MYT
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa 20 Julai 2021. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa 20 Julai 2021.
Perkara berkenaan diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman pada Sabtu.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum ini membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan.
Menurut Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, kesemua ketetapan baharu itu telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan akan berkuat kuasa 9 Julai lalu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
#Yang di-Pertuan Agong #Solat Jumaat #solat fardu #Aidiladha #Putrajaya #hari raya #JAWI #Islam #Kuala Lumpur #Malaysia