LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat lebih dekat aset-aset sedia ada angkatan tersebut sempena Hari TLDM ke-89 bermula esok.
Kapal-kapal perang ini akan dibuka untuk dikunjungi orang ramai apabila berlabuh di tambatan pangkalan masing-masing.
Antaranya di tambatan Pangkalan Lumut di Perak, Pangkalan Pulau Langkawi (Kedah), Pangkalan Pulau Indah (Selangor), Pangkalan Tanjung Pengelih (Johor), Pangkalan Kuantan (Pahang) dan Swettenham Pier Cruise Terminal (Pulau Pinang).
Acara yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis ini juga boleh digunakan ibu bapa membawa anak-anak mengisi cuti persekolahan mereka.
Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam kenyataan memberitahu, pelbagai aktiviti yang dianjurkan pada hari itu juga bertujuan mendekatkan 'Navy People' dengan masyarakat.
Menurut kenyataan tersebut, program bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang ini hanya kepada warga tempatan sahaja dan masuk adalah percuma.
"Sempena Hari Ulang Tahun TLDM Ke-89 tahun ini, kami bawakan kapal-kapal TLDM ke tempat anda.
"Turut diadakan ialah gerai jualan cenderahati barangan TLDM.
"Ayuh beramai-ramai memeriahkan hari terbuka kapal TLDM di lokasi yang dinyatakan," ujar kenyataan itu.
Jelas kenyataan tersebut, pengunjung diminta mengenakan pakaian bersesuaian serta elakkan memakai kasut bertumit tinggi dan berjubah labuh.
Kapal latihan Gagah Samudera akan berlabuh di Swettenham Pier Cruise Terminal, Pulau Pinang untuk dilawati.
Ini kerana terdapat beberapa kawasan di atas kapal yang memerlukan pengunjung menaiki tangga dan merentasi 'gangway'.
Pengunjung juga dilarang memakai pakaian yang melambangkan parti politik dan unsur-unsur sensitif manakala kanak-kanak dilarang masuk sekiranya tiada pengawasan dewasa.
Semasa hari terbuka TLDM bersempena Sambutan Hari Armada di Pangkalan TLDM Lumut pada Disember lalu, ia telah menarik kira-kira 60,000 pengunjung. -DagangNews.com
Dagang News
Wed Apr 26 2023
Orang ramai boleh melawat kapal-kapal perang TLDM yang berlabuh di tambatan masing-masing sempena sambutan Hari TLDM. -Dagang News
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Hari TLDM: Peluang lihat kapal perang secara dekat di 6 lokasi
Kapal-kapal perang ini akan dibuka untuk dikunjungi orang ramai apabila berlabuh di tambatan pangkalan masing-masing.